welcome

TAZKIYATUNNAFS..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar:53)

TRADEMARK

TRADEMARK

Tuesday, December 28, 2010

al-kisah seorang Izzul:episod 2...

think out of the cube!!!

smbung dr episod sblum ni..

..ok,msuk babak lain,kt dunia baru ni lah beliau jmpe mcm2 jnis mnusia..ade yg btol2 mnusia,ade yg x bpe btol mnusa(sparuh jin kot),ade gak yg bese2 je.....


sesmpi je kt dunia baru ni,mse ni lah beliau byk mngenali  tntang erti hdup dlm msyarakt yg berbilang loghat,berbilang perangai,berbilang sikap(same je)..1st day je beliau dpt blek yg...yg...yg agak kurg sesuai kot bg beliau,tp dek kerana beliau ni seorg yg hati kerng n bley kate universal ar gak,masuk kndang arnab ke,lembu ke rimau ke sume boleh,so,beliau dpt mnyesuaikn diri dgn keadan blek dan org dlm blek yg agak...cane nk kabo ea,agak kurg fahamn agama bley kot..smayng pon sush,ngaji apatah lg,tp yg best nye,diorg ajor main gitar..hehe..


ok,hbis stu sem kt ctu,beliau try hijrah tmpt len..tukar blek je kot..dok plak ngn mcm2 jnis mkhluk..ade hamster,itik,kera,gorilla pon ade..ish2..(sory ar kpd pmbaca yg terasa,ni sekadar cerita)agak plek blek ni..kt sni la beliau belajar erti frenship..(adui,pnulis pon rse nk touching nih)..kt cni ar beliau blajar cmne nk hdup..tp yg kurg best beliau trpakse meng'hipokrit
'kn diri utk memollow rkan2 mereka kemana-mana shj..nk cne,beliau bkn ar jnis yg suke lnggar praturan,tp nk jge hati member punye psai,boley ar..moga2 Allah ampunkn beliau..


kt cni beliau fly mlm2 g pakapau,andalus,kfc pon ade..hik3..dan mcm2 tmpt len..tp bukn tmpt2 mksiat mcm disco or anything..fly2 gak tp beragak ar..


ok,dan begitu ar khidupn beliau..so,klo ade metg or keje ke xdpt follow rumate g mne2,pepndai la beliau carik alasan tok mnjaga (lagi) hati mreka..kt dorm n la jgak beliau blaja erti dugaan dlm berdakwah..mne xnye,mcm2 pesen org ade..yg sush nk smayg,yg liyat smayang,yg xnk smayg pon ade..so,sikit2 beliau terpkse mndoktrin rumate beliau.(tp dlm mse sme beliau pon mmprbaiki dri beliau sndiri)..


setelah beberape sem bersama(pdahal 2 sem je) pahit dan duke berkejaran ngn pakgad,kne dwai,pegi melaka sme2,dan blajo gitar sme2,beliau akn menghbiskn saki baki hdup beliau dlm beberpa buln je lg..


cume persoalnnye adakh si Izzul dikira sbg sorg yg terperangkap,terjerat atau beliau sengaja ingin mndampingi golongan sebegini supaya beliau lbh mngetahui apekh msalah sbenar mereka krana kdang2 org yg kte sngka baik dpn kite adalh sebaliknye di blakang kite..


ntikn episod klimaks kisah ini yg mybe akn dimuatkn dlm jurnal 2011 nti..


...remember,stiap perkara yg berlaku psti ade HIKMAh.Allah x buat sesuatu perkara sie2..
doakn kejayaan Izzul dan rakan2nya..selamat beramal..






rumahijauku









Sunday, December 26, 2010

al-kisah seorang Izzul...

think out of the cube!!!

Bismillahirrahmanirrahim sbgai desert artikel kali ni...

sama2 hayati beberapa saat.  ."....sesunguhnya Allah tdk akn ngubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mnubah keadaan mreka sndiri.Dan apabila Allah mnghendaki keburukan terhadp sesuatu kaum, maka tiada yg dapt menolaknya dn tiada pelindung bg mreka slain Dia."  ar-ra'du,13:11

sedikit ketar tgn ni nk mnulis(type je sbnonye) mybe dek kerana da lme x practice.tp pg yg cerah,tenang n damai kt kg ni mmbuatkn hamba trasa nk mencoretkn sedikit nostalgia hidup(ayat novel ar plak) yg mungkn da lme bersarang(bkn BERSAWANG ea) dlm hati ni.barangkali ni la antara bebrapa coretan saat2 akhir sblum sanah 2010 melabuhkn tirainya..

amek mse pjang cket nk muqaddimah bley kn?(sukati ar blog hmba)
orait,mungkn blogwalker sume prasan blog hmba ni amat2 kurg coretan mngenai diri sndiri,tp da mmg tu prinsip hmba,nk wat cne..lgpun hmba ni mmg jnis yg keep some secret by myself  sbb xsuke sushkn org len..
so,mse yg agak kurg beban projek ni(wpun msih ade bberapa projek kne wat time cuti ni),hmba adaptasikn sedikit kisah hdup seorg rakan yg pernah berhijrah..

tersebutlah alkisah....di kala purnama keduabelas menjelng...
...ade seorg rakan nme dye Izzul,dye ni mmg nakal,tp baik gak la kdang2...dye pnah blajo kt Pusat Al-Quran,Maldives..slps tmat tempoh pngajian lbh kurg stagun steghh,dye dpt twaran msuk Univrsiti islam antarabangsa Maldives..tp(perlu ke gune tp) dye dpt jurusan yg sgt baik iaitu Islamic Knowledge(pk la sndiri kos ape)...(perlu ke gune tp)..disebabkn jurusan baik itulah beliau merasakn beliau perlu menukar jurusan yg beliau minat..sejak dpt result spm beliau mnanmkn hasrat utk mnjadi arkitek Islam(Islam la sgt kt uia ni)..akn tetapi,setelah hmpir satu semester menelaah dlm jurusan IRK,beliau merasakn rugi utk menukarkn jrusan trsebut dgn Architect Knowledge,setelah hmpir sebulan masih dlm dilema,bliau memohon petnjuk Allah yg Maha mmberi Petunjuk..hmpir siap mlm beliau istikhrah memohon drp Allah..

stelah sekian lma,beliau dpt mnentukn kputusan beliau...ingat x,..."...boleh jd kamu tdk mnyenangi sesuatu,pdahal ia baik bgmu,dan boleh jd kamu mnyukai sesuatu, pdahal ia tidak baik bg kamu.Allah Mengetahui sedang kamu tdk mngetahi." al-baqarah,2:216.
.beliaupun dgn paksa rela brhjrah diri,bukn ditukarkn ea, ke jurusan Artctect Knowledge..dlm proses penghjrahn trdpt mcm2 rntngn yg trpkse bliau hdapi.antranya trpksa brulang alik dri cawangn Nilampuri ke Petaling Street..da tu palk mse tu ar ade program karnival sukan antara kampus cwangn,amat2 lh sebok krana perlu mnunaikn tnggunjwb sbgai ktua unit sukan n kegiatn luar..tp smua tu dpt beliau harungi dgn perlotongn Allah yg Maha Pengasih..ingt lg x,"...Allah    tdk mmbebani seseorg sesuai dgn kesanggupnnya..al-baqarah,2:286.." ..ingat x lagu ni, ..." ..hjrah mnuntut pengorbanan,kesabaran,ketabahan,sejahtra hdup,aman sentosa....-inteam"

ok,msuk sem baru dlm mngu kedua beliau berjaya mnukar jurusan stelah di'intrview' oleh bro hisham(head dept )..bermulalah pnghjrahan baru beliau kedunia yg lebih mncabar..blm smpt pon beliau menjelajah dunia baru,adlah bbrapa org hmba Allah mngenakn satu tnggungjwb yg besar kpd bliau..trpkse lah beliau turuti utk mnjd head biro disiplin persatuan bg jurusan beliau..da la salah stu sbb beliau tr kos sbb nk lari drp mnde2 gni(jwatn2 ni ar),tp len plak jd..

ok,msuk babak lain,kt dunia baru ni lah beliau jmpe mcm2 jnis mnusia..ade yg btol2 mnusia,ade yg x bpe btol mnusa(sparuh jin kot),ade gak yg bese2 je..

jp2,to be continue sbb ade kenduri..ntikn episod akn dtang..




rumahijauku

Tuesday, December 7, 2010

Ketahui cerita Awal Muharam....

think out of the cube!!!


PENGENALAN AWAL MUHARRAM


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Doa Awal Tahun



Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Sumber: Al-Azim.com

Tuesday, November 9, 2010

Switch On......Activating....

.......tet...tet..tet..

manual processs in safe mode...

bismillahirrahmanirrahim.....

power activated.....

huh,salam semua...
 maafkn hamba kerna hmpir sepurnama tidak berdiskusi disini...

alhmdulillah pas gak sem ni merangkap last semester bg cenfos iium..

fuih,1st week sem ni je da nk pengsan ngn projek yg datng bertubi-tubi bak peluru yg dahagakn mangsanye.(mcm novel la pulak)..

tp,hmba tetap tidak mnyalahkn semua itu kerna ia adalah amanah kita sbgai student n hmba kepada Sang Pencipta..

semua pun da tau sbnonye kn,juz nk ingtkn smula je disini...besandarkn beberapa dalil:-

Dari Abu Hurairah ra. dia berkata: “Rasulullah saw. bersabda: ‘Jalankanlah amanat yang diembankan kepadamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.’” (Abu Daud, 3535 dan Tirmizi, 1264).


Sabda Rasulullah: “Jalankanlah amanat” adalah perintah, dan perintah itu sifatnya adalah untuk mewajibkan.


 Allah swt. berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.” (An-Nisa:58).







Jadi,scara x lnsung kita sharusnye memenuhi prjalanan hidup ini dgn memenuhi stiap amanah yg ada..sbg cth:-
kita dihantar oleh parent kita ke cenfos ni b kn skadar nk graduate kn,ia merupakn pakej seumur hidup yakni mndapatkn serba sedikit n sebyk ilmu berkaitn agama,agar mudah utk kita mmbuat prsediaan di alam Akhirat nti..


heh,sbut psai amanah n perjalanan hidup serg hamba ni,teringt time presentation E.D(environmental design for aed student) semalam,..


file:///F:/Users/My/Music/Desktop/DSC05296.JPG


wpun design xde ar secantik ummi kalthum(heh,tetibe),tapi i'Allah antara prinsip2 n main concept yg dgunakn amat2 menunjukkn prjalanan seorg hamba di dunia yg fana lg sementara ini..


jadi,prepare ler tok hari yg mndatang....

Wednesday, August 18, 2010

Puasa dan sistem Imunisasi

think out of the cube!!!


bismillahirrahmanirrahim....

"“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al Baqarah:183)

sedar xsedar da nk smpi lebih seminngu kte mngerjakn ibadah puasa. Tp terpulg pde stiap indivdu smada puasa kita yg sudah mnjangkau satu minggu ni adalah yg terbaik kita peroleh.

wpun acap kali kita dengar rintihan ........"aiya,letih ar nk wat kerja time puasa"..."malas la nk kerja,bos tnye nape x siap kita jw ler kita puasa".......namum, sedar ke x diorag ni sebenarnye trpedaya dgn hawa nafsu semata-mata...(peringatan utk diri sendiri)

tahukah kita....???!!!!





PUASA Ramadan yang difardukan kepada umat Islam bukan saja ujian kepada keimanan menahan nafsu makan minum, ibadat itu juga memberi kebaikan kepada tubuh badan terutama untuk menghapuskan toksin yang tersimpan selama ini.

 
Pengamal Perubatan dan Penceramah Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, berkata selepas sekian lama badan menerima makanan dan minuman yang memudaratkan, puasa Ramadan memberi peluang kepada manusia mengembalikan ketahanan tubuh badan.

 
Katanya, makanan serta minuman yang diambil sepanjang 11 bulan sebelum kedatangan Ramadan mungkin halal dari segi sumber dan bahan asasnya tetapi tidak semestinya makanan itu baik kepada kesihatan.

 
Oleh itu, sebulan Ramadan yang ditetapkan Allah untuk umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga membawa bersama hikmah kefarduannya menurut pandangan sains berdasarkan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kaitan puasa dari aspek kesihatan.

 
"Memang asasnya niat puasa itu penting supaya kita tidak terbabas. Jangan kata niat kita puasa untuk kuruskan badan atau kurangkan kolesterol kerana tujuan utama puasa adalah mencapai status takwa dengan mentaati, sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmat Allah.
 

"Namun di sebalik kewajipan itu tidak dinafikan banyak kebaikan diperoleh berdasarkan kajian dibuat mengenai kesan ibadat puasa terhadap sistem badan. Ini kerana makanan halal yang kita makan tidak semestinya toyyibah atau berkhasiat kepada tubuh badan," katanya.


 


Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Ramadan dan Sains pada Seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM).

 
Seminar bertemakan Puasa Membentuk Ketakwaan dan Kesejahteraan membabitkan kira-kira 150 pengamal perubatan, kakitangan hospital kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan. Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan merangkumi aspek ibadah serta panduan perubatan kepada pesakit di bulan Ramadan.
 

 
Pada pembentangan itu, Dr Danial menjelaskan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kesan makanan terhadap sikap manusia serta keberkesanan puasa membantu mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi sesetengah pihak sebagai panduan masyarakat umum.
 
Antara diketengahkan ialah laporan CNN.com mengenai makanan ringan boleh menyebabkan kerosakan jantung dan kumpulan berisiko adalah remaja belasan tahun yang ketagih makanan ringan. Kajian oleh Universiti Toronto pula mendapati makanan ringan boleh merosakkan otak.
 
Buku Dr Jack Goldstein mengenai puasa memberitahu amalan itu dapat membina kekuatan tubuh badan, sementara Dr Shahid Athar dalam laporan mengenai rumusan Kongres Kesihatan dan Ramadan yang diadakan di Casablanca pada 1994 turut memperakukan puasa Ramadan dari sudut sains dapat meningkatkan ketahanan tubuh.
 
Justeru, menurut Dr Danial, masyarakat tidak perlu bimbang terhadap kesan puasa kepada tubuh dan sistem imunisasi kerana terbukti amalan menahan diri daripada lapar dan dahaga pada siang hari bermula dari waktu imsak hingga berbuka memberi lebih banyak manfaat daripada kemudaratan.
 
"Sahur jika kita lakukan dikira ibadat dan faedah sains membuktikan dalam tempoh 24 jam, makanan paling penting ialah sarapan pagi. Yang malas sarapan adalah calon untuk penyakit obesiti, dia-betes dan sakit jantung. Jadi sahur ambil tempat sarapan pagi dan jika tidak makan 12 jam selepas itu pun kita tak ada apa-apa.
 

"Nabi galakkan kita bersahur pun sudah cukup saintifik. Begitu juga amalan makan kurma ketika berbuka puasa kerana kelebihan kurma mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5 dan 20 asid amino yang bagus untuk sistem penghadaman selain memberi tenaga," katanya.

 
Katanya, Ramadan bulan pendidikan untuk mentarbiah fikriah, jasadiah serta ruhiah dengan memastikan niat yang betul melaksanakan ibadat puasa dan pada masa sama mengambil kesempatan diberi Allah menggandakan ibadat sunat bagi merebut ganjaran dijanjikan.
Dr Danial berkata, kajian oleh Dr Ebrahim Kazim dari Akademi Islam, Trinidad, menunjukkan pada bulan Ramadan hormon yang banyak mempengaruhi tingkah laku manusia dinamakan opioids dirembeskan dalam tubuh menjadikan orang yang berpuasa dengan betul, banyak bertadarus serta berzikir lebih tenang.
 

Sementara Dr Ahmad E Kadi yang membuat kajian mengenai solat serta penyembuhan merumuskan hanya dengan mendengar bacaan al-Quran dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan nadi serta memberi kerehatan kepada otot.
 

"Satu lagi kajian tetapi belum disahkan, sebutan kalimah al-Quran seperti Alif Lam Min dan Ya Sin, baik untuk jantung serta otak. Namun, ini masih dalam kajian lagi. Apapun, nasihat saya kepada umat Islam, Ramadan ini jangan fokus masalah tetapi fokus kepada Allah, masalah akan reda," katanya.

 
Berita Harian online 25 Ogos 2009

Wednesday, July 14, 2010

NEW Line UP of IDEAsS(Architecture and Environmental Design)

Bismillahirrahmanirrahiim...











PRESIDENT : MUHAMMAD FARIS BIN ZAINUDIN

VICE PRESIDENT I  : SITI ZAFIRAH BTE IBRAHIM
VICE PRESIDENT II  : MOHD HANIF BIN ZAINI


SECRETARY  : NURKHALEDA BTE MOHD NASIR
ASS. SECRETARY  : HASYIMAH BTE HASSAN


TREASURER  : TAQIAH SABIRAH BTE RAHIMI
ASS. TREASURER  : NORIZZATI BTE MANSOR


HEAD OF EDU & TRAINING  : NORMIMI HARTINI BTE MD NOR
ASS. OF EDU & TRAINING  : WAN MASYITAH BTE WAN DAUD
SUB COM EDU & TRAINING  : MOHD AZIZI BIN MOHD AZHAR
: MOHD ARIS BIN MOHD ABARUDIN
: WAN ‘AISYAH FATIHAH BTE WAN SIDI SAIREE


HEAD OF ART & REC  : MUHAMMAD ARIFUDDIN BIN SAUFI
ASS. OF ART & REC  : ASSILA AMALINA BTE CHE MAZLAN
SUB COM ART & REC  : WAN SRI RAHAYU BTE WAN ABU BAKAR
: MUHAMMAD SYAUQI BIN MOHSIN
: MUHAMMAD IRFAN BIN SHATHIRAN


HEAD OF INFO & PUB  : MOHAMAD KHAIRQAL ASYRAF BIN KHAIR ZAKI
ASS. OF INFO & PUB  : SITI AISYAH BTE MOHD JOHAR
SUB COM INFO & PUB  : NORFAIZAHTUL AZIEMAH BTE DZULKEPLI
: DAYANG AZURA BTE AMIEN
: NUR FARHANAH BTE SAEDIN
: AFIFI BIN ZAINUDIN


HEAD OF DISCIP & WELF  : IZZUDDIN BIN ZAKARIA
AS.HEAD OF DISCIP & WELF  : NABIHAH BTE MOHD ARIN
SUB COM DISCIP & WELF  : NURUL FARAHAH BTE RAZALI
: MOHD IZZAT AMIR BIN ZAKARIA
: SITI FATIMAH AZZAHRA BTE MOHD NAZRI


HEAD OF ENTREPRENEUR  : NORMAIZATUL AKMA BTE MD GHANI
ASS. OF ENTREPRENEUR  : MUHAMMAD NAJIB NAIF BIN SAZALI
SUB COM ENTREPRENEUR  : MUHAMMAD NORSHARIMAN BIN ZAINAL
: SITI NUR AISYAH BTE MOHD ISA
: WAN HAZIRAH BTE WAN OSMAN
: ‘AZIZUL HAKIM BIN OMAR



I'Allah lineup2 baru ini akan melaksanakn AMANAH mereka dengan jayanya..Juga sokongan dari rakyat2 students sekalian agar menyokong sepenuhnya lineup2 ini..LILLAHITA"ALA..

Nabi bersabda :( Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab atas apa yang dipimpin nya) Al Bukhari: 893 Muslim: 1829

Sunday, July 11, 2010

Exam Season vs World CUP

think out of the cube!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

ah ha...assalamualaikum semua pembaca.
diharap kalian brsama Rahmat Allah selalu..

skang ni nk msuk final match..so,who will be the most sophisticated winner..??
da tgk sume kn semi n quarter final..so,kpd kalian sume..VOTE for Netherland.hehe..German da kalah..
pkcik sotong kurita ramal spain mnang kn,thats nonsense...mne bley ramal gitu..SYIRIK tol..

but thats not the points..

cni points strusnye..

cmne plak world cup ni bley overlapp ngn exam..potong stim tol..

so,kpd yg da abis struggle,ni la ubat or bius yg ptut diambil utk kalian2 yg akn mneruskn perjuangn slps peperiksaan(klu x tajdid niat,sia2 je exam ni nti)..

selamat beramal......

"kemudian apbla kamu telah membulatkan tekad, maka BERTAWAKKALLAH kpd ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang2 yang BERTAWAKKAL kpadaNYA." al-imran:159





DOA PENERANG HATI

Ya ALLAH, bukakan olehmu atas hikmat engkau dan bentangkan olehmu atas kami gedung rahmat Engkau. Ya ALLAH, tuhan yang amat pengasih dari segala yang pengasih.

Ya ALLAH, Sinarilah hatiku dengan hidayatMu sebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahariMu Wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui, bukakanlah pintu hatiku pembukaan yang hampir, wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui.

Ya ALLAH, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu kurniakanku sinaran kefahaman bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya ALLAH, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.

DOA MUDAH FAHAM & MUDAH HAFAL

Ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.

DOA MOHON DIBERI KECERDASAN BERFIKIR

Ya ALLAH, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.

DOA APABILA TERLUPA
Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lupa.

DOA KETIKA HENDAK MEMASUKI EXAM @ TEMUDUGA

Ya ALLAH, persiapkanlah kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk Mu.



'ala kulli hal,bley ler kalian sume smpaikn kpd 'saeng2' kalian..

source:-http://nandotcom.blogspot.com/2009/04/himpunan-doa-exam.html

Monday, June 14, 2010

Sedarkah kita? Demonstrasi anti -Yahudi SIA-SIA?

think out of the cube!!!AGAIN..


Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.


“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.



“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.




“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”




Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

source:-http://ohislam.com/demonstrasi-anti-yahudi-yang-nyata-sia-sia/http://ohislam.com/demonstrasi-anti-yahudi-yang-nyata-sia-sia/

hel entum tuhibbul ukhra?

cube click sekali