Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar:53)
...cuba mendapatkan sesuatu sebelum wktunya kerap kali hanya akan mmbawa kerugian. logiknya, seseorg cuba menikmati buah-buahn yg belum masak, bukan hanya tidak mendapat kenikmatan memakannya, malah akan membawa kpd pembaziran. Ini bertepatan dgn kaedah Fiqah yg disepakati:"sesiapa yg tergesa-gesa dalam mendapatkan sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adlh terhalang terus drp mndptknnya"..(al-ashbah wa al-naza'ir, page 195)
Beberapa aspek muamalat yg berkaitan adalah:-
SISTEM PENDIDIKAN
mendesak pelajar seawal tadika dan sekolah rendah utk bergelumang dgn stres belajar berlebihan,kerja skolah menggunung serta keras dalm pnekanan exam hnya akn menghlang sbhgian pelajar pd usia "bermain" utk mngembangkn akal sempurna.
kesan negatif ini serg menimpa knak2 lelaki keran cara mreka belajar prlu lebih sntai dan x trlalu fokus brbbnding knk2 prempuan..barangkali,ni la faktor kat univrsiti ramai prmpuan..hmmmm.
UNDANG2 JENAYAH
Dalam bab undg2 Islam, trgesa-gesa melksanakn hkuman atau mngnggap seseorg brsalah seblum smpi wktu hakim mmberikn kehakiman secara adil ialah satu kesalahan...Nabi s.a.w meningatkn mnerusi sbdanya yg brmksud.,"apbila kamu ingin mnjatuhkn hkuman ke ats dua org lelaki(yg diadili kes mreka), jgnlah kamu mmbuat hkuman kpda org yg prtama (slepas mndengar katanya),sblum kamu mndgar pnjelasan pihak yg satu lg. ketika itu, barulah kamu akn tahu bgaimana utk mnetpkan hukuman."(rwayat al-tirmizi.hadis hasan)
PERKAHWINAN
sudah psti bg psangn yg akn/telah brkahwin akan meganalisis segala pro n conts be4 brkhwin..dan sudah psti mreka brsedia dan matang dlm byk prkara. akn tetapi tidak kurg juga yg brkhwin sblum memhami tnggungjwb slaku suami dan isteri..smada pwkhwinan yg rela antara keduanya atau prkhwinan paksa menuruti kehendak keluarga..(harap dihindari)
kesannya, akibt drp prkhwinan yg trgesa-gesa akn mngakibtkan trsekatnya kenikmtan dan keharmonian rumah tngga..
sbb itu depecahkan hukum berkhwin kpada beberapa keadaan:-
1. WAJIB BERKAHWIN: Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)
2. SUNAT
Pada pendapat jumhur ulama' kecuali Imam Syafie' mengatakan, perkahwinan dianggap sunat apabila seseorang lelaki itu berada dalam keadaan normal iaitu tiada apa-apa kebimbangan atau kemungkinan pada dirinya untuk melakukan zina sekali pun ia memilih untuk terus membujang dan tidak berkahwin. Di samping itu juga tiada kebimbangan atau kekhuatiran pada dirinya untuk melakukan kezaliman dan kekerasan terhadap isterinya jika dia berkahwin. Keadaa normal adalah situasi di mana kebanyakkan orang melangsungkan perkahwinan mereka.
Pada pendapat Imam Syafie beliau mengatakan, bagi perkahwian seseorang lelaki yang berada dalam keasaan normal hukumnya adalah harus iaitu dia bebas menentukannya sendiri sama ada memilih untuk terus berkahwin atau tidak. Imam Syafie menambah, walau bagaimana pun jika seseorang lelaki itu memilih untuk tidak berkahwin, adalah lebih baik dia menumpukan kepada beribadah ataupun menuntut ilmu.
3. MAKRUH
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.
4. HARAM
Sesuatu perkahwinan itu akan menjadi haram atau berdosa jika
dilangsungkan juga apabila individu tersebut berkeyakinan dia pasti akan
melakukan kekerasan, kezaliman dan ketidakadilan ke atas isterinya serta
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Maksud pengabaian tanggungjawab di sini adalah seperti tidak dapat menyediakan
tempat tinggal yang sempurna, memberi pakaian, makanan, jaminan kesihatan dan
keselamatan serta lain-lain keperluan asas yang sepatutnya seperti yang
dituntut oleh syara' ke atas setiap suami.
fi hazal yaum, kite bedah lg intipati klas Fardhu Ain bersama aBro. Ibrahim Ali...
title:- Becoming a Responsible n Knowledgable Husband..
introduction ustz bincgkn antra perkara2 yg perlu n (hmpir mnjadi) Wajib diketahui bg seorg bakal suami ialah ilmu2 fiqh wanita@isteri...ah haha..satu klas trus jd khusyuk jp..yg tgh dok lyan ipad pon stop drastically..
1st thing ust tu kabo, "all of us have to know the differentation of Haidh, Nifas n Istihadhah and the regulations of them in Syariah"(ibrahim ali,9.10pm)
sedey sskali,masih rmai classmate yg kurg arif apekah semua ini..kbnykn trtnya-tnya apakh istihadhah...haidh barangkali mreka da 'familiar' dgr..
inilah realiti yg brlaku diklngan ank muda skrg..kurgnya didikn agama..nak salahkn dyorg..jgn sekali..nah,flashback 19 tahun dahulu ape santapan n suntikan serta ajaran yg ibubapa dan guru suapkn..ape sekolah2 di seluruh M'sia suapkn dlm sistem pmbelajaran...kbnyakn hanya ilmu2 Duniawi, klas fardhu ain sejam je semnggu..mne ckup bro sejam..ktorg yg da msuk U pon 2 jam..
pastu ust gak soh jga pndngan,pergaulan...btas2 laki n prmpuan..
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.(An-Nuur 24:30)
abes topik ni,ust smbung lg dgn soaln2 'killer'..(xde ar killer mne,kacang je sbnonye nk jwab,skema da ade dlm kpale).."ok,so do u thing all of us can get maried now?"(ibrahim ali.9.30pm)
ah ha,tgk title pon da syok,blom msuk content lg...dewasa ini,pasti ramai mnyangka bhwa ilmu2 serta hal2 berkaitan seumpama title ini adalh 'nonsense'...smua respon.."NOOOOOOooooooooo"...dengan nada beralun..(eden senyap je..jwpan dlam hati)
alasan...."ala ustz,ktorg still young"..(da brjnggut muda apenye).."awal lg la ust,ktorg ilmu pon x ckup"..(tau plak xdek ilmu tp xnak cari)..."duit ust mne mau cari, kawen bkn bley bg daun je"...
dgn mudah ust bg analogi..."when u were baby,who teach u to drink n eat ?"..nah,semua 'silent empty'....
ktorg blaja sndri la ust..(translate in english la)..ust dgn mdah memintas..ah ha,ta pon.."mkan sndri bley blajo kan,so, married also can be learn by urself..juz take plenty of time..sme mcm korg mkn,suap sndri je kn mse kecik2 dlu..automatik pndai ikut masa.."...semua klas termasuk aq senyap..ok,fine..btol la ape ust ckp..
"uoll sume pon jgn rsau bab2 duit n harta...iAllah akn diberi Barakah or yg berkahwin dgn niat yg btol."
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.(An-Nuur 24:32)
ust juga sarankn agar mnx izin ibubapa utk berkahwin...jgn ikut budaya Barat sprt.."oh my luv,can u marry me..i luv u"..lngkah terbak cari org tgah..Khadijah pon buat mcm tu ketika mnyatakn kesukaannya terhadap Nabi..
Maka janganlah kamu (para wali)
menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)
abes je klas ust sarankan juga.."i hope uolls to get marry early and be responsible to get the wife..do learning more.".."i hope u invite me to eat 'nasi minyak'.." (haha,ni tmbhn je)..
abes je klas aq pon snyap je la lg..balek bilik pas makan n smayg Isya trus tido..."btol gak ape ust kabo"..."but think carefully,this is not playtoolls thing"..ust bg nasihat..
Sunday, November 27, 2011
BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..
Salam…
Ustaz Love nak sambung menjawab soalan daripada abangmi berkenaan dengan ayat yang masyhur yang selalu kita dengar :
“Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min. (An-Nur : 3)”
Jadi, adakah ia bermaksud suruhan bagi penzina untuk menikahi penzina, ataupun larangan bagi orang mukmin daripada menikahi penzina?
Ianya menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli ilmu dan bukan ahli ilmu.. bahkan ada yang mengambil faham ayat ini dengan maksud zahir dengan mengatakan haram bernikah dengan wanita penzina / pernah berzina. Jadi, mereka cepat merumuskan bahawa menjadi pak sanggup (bernikah dengan wanita terlanjur) itu hukumnya haram.
Lumrah manusia.. lebih mudah menghukum (walaupun tak berapa faham asas2 hukum tersebut) daripada mencari tafsiran dan penjelasan lebih tepat.
Jumhur ulamak mengharuskan pernikahan seorang lelaki mukmin dengan seorang wanita penzina.. begitu juga sebaliknya.. Ini berdasarkan ayat lain daripada surah an-Nur ayat 32 :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.“
Ayat ini lebih umum.. nak kahwin dengan siapa pun takde masalah.. maka, dari segi hukumnya, sah pernikahan antara lelaki dan perempuan.. sama ada kedua2nya penzina, mahupun salah seorangnya adalah penzina.
Ayat 3 dalam surah an-Nur bukanlah ayat larangan bernikah, sebaliknya ayat yang mengecam / mengutuk / mengeji perbuatan sang penzina itu, bahawa ianya tak layak (dari sudut kafa’ah – sekufu) untuk bernikah dengan orang mukmin dan soleh.. Sekalipun ayat itu dinasakhkan (dimansuhkan hukumnya) dengan ayat ke 32, tetapi ianya dari sudut hukum saja.. ayatnya masih ada dan masih memberi ‘ibrah (pengajaran) tertentu, iaitu secara lumrahnya, orang yg baik hanya akan berkenan dengan orang yg baik juga.. orang yg jahat akan berkenan dengan orang yg jahat juga.. tapi, itu tak semestinya berlaku.
Ada juga situasi yg mana seorang lelaki yg baik, tapi jodohnya dengan seorang wanita yg jahat.. begitu juga ada wanita yg baik, tapi jodohnya dengan lelaki yg jahat.. boleh amik pengajaran daripada kisah Nabi Luth a.s. dan kisah Asiah, isteri Firaun.
Namun, persoalan ‘jahat’ ini masih relevan sekiranya seseorang itu masih lagi terlibat dengan maksiat tersebut.. Sebaliknya, jika beliau telah bertaubat, maka bukanlah dikatakan sebagai orang yg jahat lagi… kerana dikira telah bersih daripada kejahatannya.
Pada pandangan Ustaz Love, sebaik2nya seorang lelaki yg baik, janganlah bernikah dengan wanita yang jahat (tak kira la penzina ke, penjudi ke dsb) dan begitu juga sebaliknya. Ini lebih memudahkan, namun bukanlah suatu jaminan. Ini kerana, kita hanya mengetahui apa yg berlaku hari ni, akan datang belum tahu lagi.. mungkin juga hari ni baik, 10 tahun akan datang, dah berubah menjadi syaiton.
Berkahwin dengan pasangan yg baik, akan melahirkan kebaikan dalam kehidupan.. walaupun bukan jaminan, namun ia memudahkan proses untuk mewujudkan keluarga yg soleh..
Niat untuk mendidik dan membimbing pasangan yg jahat itu adalah satu niat yg mulia.. Namun, untuk membimbing, tak semestinya perlu berkahwin.. kerana cabarannya sangat tinggi.. seumpama kita mendaki gunung dan pasangan kita berpaut kat belakang.. kalau tangan dan kaki kita tak kuat, maka risiko terjatuh ke dalam gaung itu lebih besar. Lagi sadis kalau kita tetak tangan pasangan itu membiarkan beliau jatuh ke dalam gaung demi menyelamatkan diri kita.
Maksudnya, lebih baik kita fikir secara mendalam sebelum membuat keputusan menikahi pasangan yg jahat.. itu lebih mudah, berbanding kita cuba juga nak gamble (perjudikan nasib), bila tak mampu, kita putuskan perhubungan.. Itu lebih teruk, apatah lagi jika sudah beranak pinak.
Kecuali kalau kita benar2 yakin bahawa beliau sudah bertaubat dan meninggalkan amalan yg jahat, maka samalah keadaannya mcm kita berkahwin dengan pasangan yg baik..
Sebab itulah, dalam entry2 sebelum ni, Ustaz Love sangat menggesa mereka2 yg terlibat dalam isu perzinaan spt terlanjur dsb itu, agar bertaubat bersungguh2 serta menyesal dan berazam bersungguh2 tak nak terlibat dengan kejahatan tersebut lagi. Maka, peluang untuk mendapat pasangan yg baik bakal terbuka luas.
Bila dah berhenti mengunjungi kelab malam dan selalu hadir di masjid, insyaAllah, mungkin akan bertemu dengan bakal mak mertua ke kat masjid.. dah tentu ianya lebih baik daripada bertemu jodoh di celahan botol arak..
"“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al Baqarah:183)
sedar xsedar da nk smpi lebih seminngu kte mngerjakn ibadah puasa. Tp terpulg pde stiap indivdu smada puasa kita yg sudah mnjangkau satu minggu ni adalah yg terbaik kita peroleh.
wpun acap kali kita dengar rintihan ........"aiya,letih ar nk wat kerja time puasa"..."malas la nk kerja,bos tnye nape x siap kita jw ler kita puasa".......namum, sedar ke x diorag ni sebenarnye trpedaya dgn hawa nafsu semata-mata...(peringatan utk diri sendiri)
tahukah kita....???!!!!
PUASA Ramadan yang difardukan kepada umat Islam bukan saja ujian kepada keimanan menahan nafsu makan minum, ibadat itu juga memberi kebaikan kepada tubuh badan terutama untuk menghapuskan toksin yang tersimpan selama ini. Pengamal Perubatan dan Penceramah Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, berkata selepas sekian lama badan menerima makanan dan minuman yang memudaratkan, puasa Ramadan memberi peluang kepada manusia mengembalikan ketahanan tubuh badan. Katanya, makanan serta minuman yang diambil sepanjang 11 bulan sebelum kedatangan Ramadan mungkin halal dari segi sumber dan bahan asasnya tetapi tidak semestinya makanan itu baik kepada kesihatan. Oleh itu, sebulan Ramadan yang ditetapkan Allah untuk umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga membawa bersama hikmah kefarduannya menurut pandangan sains berdasarkan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kaitan puasa dari aspek kesihatan. "Memang asasnya niat puasa itu penting supaya kita tidak terbabas. Jangan kata niat kita puasa untuk kuruskan badan atau kurangkan kolesterol kerana tujuan utama puasa adalah mencapai status takwa dengan mentaati, sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmat Allah. "Namun di sebalik kewajipan itu tidak dinafikan banyak kebaikan diperoleh berdasarkan kajian dibuat mengenai kesan ibadat puasa terhadap sistem badan. Ini kerana makanan halal yang kita makan tidak semestinya toyyibah atau berkhasiat kepada tubuh badan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Ramadan dan Sains pada Seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM). Seminar bertemakan Puasa Membentuk Ketakwaan dan Kesejahteraan membabitkan kira-kira 150 pengamal perubatan, kakitangan hospital kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan. Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan merangkumi aspek ibadah serta panduan perubatan kepada pesakit di bulan Ramadan.
Pada pembentangan itu, Dr Danial menjelaskan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kesan makanan terhadap sikap manusia serta keberkesanan puasa membantu mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi sesetengah pihak sebagai panduan masyarakat umum.Antara diketengahkan ialah laporan CNN.com mengenai makanan ringan boleh menyebabkan kerosakan jantung dan kumpulan berisiko adalah remaja belasan tahun yang ketagih makanan ringan. Kajian oleh Universiti Toronto pula mendapati makanan ringan boleh merosakkan otak.Buku Dr Jack Goldstein mengenai puasa memberitahu amalan itu dapat membina kekuatan tubuh badan, sementara Dr Shahid Athar dalam laporan mengenai rumusan Kongres Kesihatan dan Ramadan yang diadakan di Casablanca pada 1994 turut memperakukan puasa Ramadan dari sudut sains dapat meningkatkan ketahanan tubuh.Justeru, menurut Dr Danial, masyarakat tidak perlu bimbang terhadap kesan puasa kepada tubuh dan sistem imunisasi kerana terbukti amalan menahan diri daripada lapar dan dahaga pada siang hari bermula dari waktu imsak hingga berbuka memberi lebih banyak manfaat daripada kemudaratan."Sahur jika kita lakukan dikira ibadat dan faedah sains membuktikan dalam tempoh 24 jam, makanan paling penting ialah sarapan pagi. Yang malas sarapan adalah calon untuk penyakit obesiti, dia-betes dan sakit jantung. Jadi sahur ambil tempat sarapan pagi dan jika tidak makan 12 jam selepas itu pun kita tak ada apa-apa.
"Nabi galakkan kita bersahur pun sudah cukup saintifik. Begitu juga amalan makan kurma ketika berbuka puasa kerana kelebihan kurma mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5 dan 20 asid amino yang bagus untuk sistem penghadaman selain memberi tenaga," katanya.
Katanya, Ramadan bulan pendidikan untuk mentarbiah fikriah, jasadiah serta ruhiah dengan memastikan niat yang betul melaksanakan ibadat puasa dan pada masa sama mengambil kesempatan diberi Allah menggandakan ibadat sunat bagi merebut ganjaran dijanjikan.Dr Danial berkata, kajian oleh Dr Ebrahim Kazim dari Akademi Islam, Trinidad, menunjukkan pada bulan Ramadan hormon yang banyak mempengaruhi tingkah laku manusia dinamakan opioids dirembeskan dalam tubuh menjadikan orang yang berpuasa dengan betul, banyak bertadarus serta berzikir lebih tenang. Sementara Dr Ahmad E Kadi yang membuat kajian mengenai solat serta penyembuhan merumuskan hanya dengan mendengar bacaan al-Quran dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan nadi serta memberi kerehatan kepada otot. "Satu lagi kajian tetapi belum disahkan, sebutan kalimah al-Quran seperti Alif Lam Min dan Ya Sin, baik untuk jantung serta otak. Namun, ini masih dalam kajian lagi. Apapun, nasihat saya kepada umat Islam, Ramadan ini jangan fokus masalah tetapi fokus kepada Allah, masalah akan reda," katanya. Berita Harian online 25 Ogos 2009
Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.
Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.
antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.
PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.
PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak
yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
KESIMPULAN
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.
Terbitan : Bhg pengurusan dakwah Jabatn Agama Islam Selangor