welcome

TAZKIYATUNNAFS..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar:53)

TRADEMARK

TRADEMARK

Sunday, July 31, 2011

Preperations for Ramadhan-Mentally n Physically

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

....Ramadhan yg dinanti,
setelah setahun lalu kau pergi,
Akhirnya kita ketemu kembali,
Akan tetapi,
Adakah aq sudah bersedia dgn pertemuan ini,
Yang belum tentu akan ku temui lg.

Duhai Ramadhan yg dinanti,
Ku tak pasti,
Adakah aq sudah Ready...

Ready dari segala segi,
Samada fizikaly ataupun mentally..

Akan tetapi,aq buknlah yg terus-terusan berserah,
Umpama teratai layu di Tasik Madu,
Akan ku tentang habis-habisan,



Wednesday, July 27, 2011

Bersediakah Aku??!!!

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

........kunci kereta sport kancil da ready tok di suapkn ke mulut palam  pencucuh engine kereta sport kancil.
bukan keta btoi pon..google je ni

test2,bismillah.....vrooooom3..nsib bek idop.....
bermula lah perjalan ke kuantan n pekan(argh,nape ar ke cni lg,mnggu ni je da 4 kali mai cni.da ar jauh)..tapi,kali ni hmba bkn melancong,bukan berfoya-foya,bukn pergi konvo or ape2 jenis parti2 yg selame ni slalu pergi...

akan tetapi kali ini pergi dgn membawa hrapan yg besar,sebesar bebola nebula yg hampir meletup dek kerana matangnya usia utk mengalami peralihan fasa kedua yakni mnjadi bintang(kpda pakar falak jika fakta ni slah sila betulkan)..

cop3...bkn nk cite pasal nebula skang ni...ok, harapan yg besar....ermmm,(lari da idea sbb ade gangguan luar)..

owkeh,hrapan yg besar yang mana sepantas kilat akn merubah tentatif hidup hmba yg slame ini agak terombang ambing dibuai arus kemaksiatan yg sering melalaikan mnusia dari segenap aspek dan penjuru..

barangkali juga, dgn segenggam keazaman untuk menjadi diri yg sebenar..bkn bermakna hmba ini bkn diri yg sebenar sblum ni akan tetapi ingin mncari kebenaran dalam kealpaan(ntah btoi x ayat ni)..

mungkin juga, hrapan yg mana setiap anak2 muda yg seusia dgn hmba ..yang seringkali inginkan kebebasan dan ketenangan..

......jam 6 petang pda hari yang sma..seusai sampai ke destinasi...

kreettt....engine kereta dimatikan..
dok mengelamun n membebel mase dalam perjalanan tadi smpai dok sedor da smpai..penat woo..da laa sensorang..klo ade PASANGAN hdup yg setia menemani xde ler terasa kecapetan ini kok..(piapp,pdan uke dok brangan lagi)..

yes,akhirnya smpi juga hmba ke DESTINASI CINTA..bkn cinta mnusia or dunia or yg swaktu dgnnya,tapi kerana CNITAkan siDIA dan CINTAkn AL-QURAN..(amiiin)

dengan sambutan yg ckup meriah dari kalangan sahbat2 yg sering bersama-sama ke disko dahulu..haha

http://mtataa.ucoz.com/i'ALLAH semangat hmba semakin berkoobar untuk MENGULANG kat cni..

'sambil menyelam,minum air'..
dsini masjid2 or surau2 area pekan ni jugaklah akn  mnjadi target sebagai tempat utk hmba mlepaskan segaloa hafalan2 dlm kepala ni..(xde ar masyi mne pon)..

i'Allah dgn usaha dan semangat yg mnjadi pemangkin utk hmba MENGULANG sebyk mungkin dan semampu mungkin..(sbb x masyi ler kne ngulang)..

so,kpada anak2 muda diluar sane yg pernah mengahafal,jgn sia-siakn anugrah anda..sumbanglah keserata palosok dunia n i'ALLAH akn diblas di akhirat kelak..amiiiin

Monday, July 25, 2011

Jom berBAHASA ARAB:-اساس علم النحو والصرف

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..



 Bismillahirrahmanirrahiim...
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.(yusuf,12:2)



Mengapa Al-Quran Berbahasa Arab? Setiap saat, lahirnya orang-orang alim yang mampu menghafaz isi kandungan Kitab Suci Al-Quran. Hatta, orang buta atau kanak-kanak. Itulah bezanya dengan Kitab Suci lain. 

“Mengapa Al-Quran diturunkan kepada seorang Nabi yang miskin dan buta huruf (ummiy)? Mengapa tidak diberikan kepada pembesar Mekkah mahupun Tha’if saja?” Pertanyaan seperti ini sering menjadi tanda tanya. Pertanyaan yang sama, “Mengapa Al-Qur’an berbahasa Arab?” Banyak dalil yang mengungkap hal ini.

Boleh dikata, hampir semua ayat tersebut menyatakan, bahwa Al-Qur’an itu diturunkan dalam “bahasa Arab”. Adalah mustahil jika kerana Allah menurunkan Al-Quran ke dalam bahasa Arab kemudian dikatakan ianya“tidak universal”. Kenapa Allah memilih bahasa Arab? Bukan bahasa lain? Mungkin itu adalah hak Allah. Meskipun demikian, pilihan Allah mengapa Al-Quran itu dalam bahasa Arab bisa dijelaskan secara ilmiah.

Pertama, sampai hari ini, bahasa yang berasal dari kaum kuraisy yang masih bertahan sempurna adalah bahasa Arab. Bible (Old Testament) yang bahasa aslinya bahasa Ibrani (Hebrew) telah musnah, sehingga tidak ada naskah asli dari Perjanjian Lama.

Kedua, bahasa Arab dikenal memiliki banyak kelebihan: (1) Sejak zaman dahulu kala hingga sekarang bahasa Arab itu merupakan bahasa yang hidup, (2) Bahasa Arab adalah bahasa yang lengkap dan luas untuk menjelaskan tentang ketuhanan dan ukhrawi, (3) Bentuk-bentuk kata dalam bahasa Arab mempunyai tasrif, yang amat luas hingga dapat mencapai 3000 bentuk perubahan, yang demikian itu tak terdapat dalam bahasa lain.

Ketiga, Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasulullah SAW. dalam bahasa Arab yang nyata (bilisanin ‘Arabiyyin mubinin), agar menjadi: mukjizat yang kekal dan menjadi hidayah (sumber petunjuk) bagi seluruh manusia di setiap waktu (zaman) dan tempat (makan); untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya: dari kegelapan “syirik” kepada cahaya “tauhid”, dari kegelapan “kebodohan” kepada cahaya “pengetahuan”, dan dari kegelapan “kesesatan” kepada cahaya “hidayah”.

Keempat, menurut Syeikhu’l-Islam, Ibnu Taimiyah, “Taurat diturunkan dalam bahasa Ibrani saja. Dan Musa ‘alayhissalam tidak berbicara kecuali dengan bahasa itu. Begitu juga halnya dengan al-Masih: tidak berbicara tentang Taurat dan Injil serta perkara lain kecuali dengan bahasa Ibrani. Begitu juga dengan seluruh kitab. Ia tidak diturunkan kecuali dengan “satu bahasa” (bilisanin wahidin): dengan bahasa yang dengannya diturunkan kitab-kitab tersebut dan bahasa kaumnya yang diseru oleh para rasul. Justeru Al-Quran diturukan dalam bahasa Arab.

Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang sukar, namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya. Ini berbeza dengan kitab suci lain, sebagaimana Bible misalnya. Keuniversalan Al-Quran lainnya, dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya (tahfiz). Walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat, dalam sejarah, selalu saja banyak orang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat. Hatta, ia orang buta atau kanak-kanak pun. Al-Quran, mudah dihafaz atau dilagukan dengan gaya apapun.
 
Oleh itu, ayuh belajarlah bahasa Arab kerana ianya Bahasa Al-Quran.

source:-http://smkabpenawar.bpi.edu.my/santapan-rohani/140-kelebihan-bahasa-arab-sebagai-bahasa-alquran.html

So,wpun kite ni bkn dlm bidang b.arab:- engineer, ARCHITECTURE, medical, accounting....
sume ni xbrmkna kita xperlu blajar b.arab..at least,tau sket2 pon da ok..
bak kate pepatah,"tak dpat semangkuk,dapat sesudu pun da memadai"..(btol ke x pepatah ni xtau ar,main reka je)
 drpada kita  xpndai lnsung, pndai basic pon da kire baguih da ar..kan3 tok wan..

because of this,  i'Allah blog ini akan menerbitkan sebuah RANCANGAN baru(pdahal archive je,ayat nk gempaq) utk sesiapa yg ingin mempelajari BAHASA ARAB secara umum dan asas..

tambahan,kpada pakar2 b.arab diluar sane yg amat prihatin,nak jd PENSYARAH smentara b.arab kt sini amat2 dialu-alukan..wassalam...kesian

lagu b.arab @ ikim.fm 
aik,apesal ade muke uwais alqarni

mari pelajari bahasa arab
bhasa indah, bhasa al-quran
mari pelajari bhasa ini
bahasa yg suci dan murni

hayya bil 'arabiyyah 2x
hayya nadrusu hunaa,'arabiyyah
hayya bil 'arabiyyah.....3x

(lirik xbpe ingat,ade modify sket) 


Hayya Hayya Ya Ramadhan..

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

Bismillahirrahmanirrahim....

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(al-baqarah,2:183) 
 
Dlm diam, sedar2 da nkmsuk Rmadhan..masyaAllah..hopefully Allah pnjgn umur kite sume spya sempt mrasai Rmadhan thun ni amin...

sedare sedari skalian,mungkiin rmai diklangan kite sedikit sbyk mngetahui beberape pristiwa2 besar yg berlaku dlm Bulan Ramadhan..

nah,demikian antara  peristiwa2 besar dan penting yg tlah brlaku dlm bulan Ramadhan..moga2 kita dpt mnghayati n pengajarannye..

ingaat......UTK MNGENALI DIRI,KENALI LAH DAHULU SEJARAH KITA.....

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.


PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.


Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

source:fauzanibrahim.wordpress

Sunday, July 24, 2011

REACTIVATING the ART OF LIFE-new hopes

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH.

PERTAMA-tamanye marilah kita marafa'kn kesyukuran kpda   Allahhu 'Azza Wajalla,yg tlah sekian lame mengurniakn kite 2 ni;mat yg terbesar yakni..IMAN WAL ISLAM..alhmdulillah.

akn tetapi,yg demikian itu tidak brmkna kita melupakan ni'mat2 besar yg lain yg mana,kdg kala kita cakna dgn kurniaan trsebut sprti..:- kebolehn melihat(clear,xyah pkai spec),mndengar,merasa(masam,manis,rasa mengantuk pun satu ni'mat tuu_)








dan yg mnjadi persoalan disini,adakh kita sedia berkhdmat dgn yg Empunya Pemberi pinjam segala keni'matan ni..

......tepuk dada tnya Iman(khusus utk diri hmba jugak)


maksudnya:"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(ibrahim,14:7)


namun yg demikian itu, tjuk pembentangn artikel ni psai reactivate blog je...ye ar,bbrape detik yg lepas,sengamat gler renovate mnde alah blog ni....skali tu nk post je pape artikel ade problem....title post je kuar..content sume ntoh ghaib kmane tau.. memang rezak(dilek terengganu) ler..

tp alhmdulillah, dgn usaha hmba pon p la survey n tnye shabt2(mcm ar rmai ngt) seangkatan dgn dunia blog ni..so,kite p anto blog ni ke wokshop la..after few minutes(wpun berjam-jam gak ar nunggunye),dpt la berita drp mekanik(dont take heart with this callname) blog kabo da setel..xtau ar ape yg direpairkn si mekanik tu smada potong block ke,adjust kaburator ke,pasang angin,tukar tube,handle mati,tukar ekzos ke or pape skalipun(xphm istilah2 ni sila tnye pakar motosikal)..yg pnting ape yg org pakar soh wat,kite ikut..so,da setel msalah..alhmdulillah.

lastly,syukran kpda si mekanik yg amat ikhlas dlm mmbantu shbt mneruskan jlan Dakwah
 ni..


....ingatlah."

meaning:"O you who have believed, if you support Allah , He will support you and plant firmly your feet."(muhammad,47:7)

i'Allah dgn pndekatan ini,hmba akn cuba melapangkn masa mngupdate blog ni dr smase ke semasa.lgpun skang time cuti,ade la sket mse2 terluang tu..kt kg ni plak da ade wifi free,perkh,mmg maju ar.kg.boy n kg2 lain pon xde gni..time kaseh kpda kerajaan,moga2 niat korg ikhlas n bkn smata-mata krana nman pngkat.hehe. (tgk ler cne nti)



dgn ini,hmba slaku author syarikat ni merasmikan CREATE CONFIDENCE THROUGH INSIDENT dan mndoakn agar snetiasa thabat dlm perjuangan brsama shabat2..

yeah...agi idop agi ngelaban...



Saturday, July 23, 2011

LaGi Test

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

BISMILLAHI ;ALA BARAKATILLAH..




"Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal, hanya kepada Engkaulah kami bertaubat, dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh hanya Engkau Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Mumtahanah: 4-5). 


thats why we have to accept all incident either bad or good upon us...


Bismillah tawakkal na.....

think out of the cube!!!

Testing: Marratan Ukhraa.......

think out of the cube!!!



إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي أعطني محبتك ومعرفتك يا الله

"TUHANku, ENGKAUlah matlamatku dan KeredhaanMU tuntutanku, 
kurniakanlah kepadaku kelazatan mencintaiMU dan mengenalMU, wahai ALLAH."


إِنَّ اللهَ يُعْطِي الدُّنْيَا مَنْ يُحِبُّ وَمَنْ لاَ يُحِبُّ ، وَلاَ يُعْطِي الإيْمَانَ إِلاَّ مَنْ يُحِبُّ

~Sesungguhnya ALLAH memberi dunia pada orang yang ALLAH cinta mahupun tidak. Sedangkan iman hanya diberikan kepada orang yang ALLAH cinta~


see,i buat blh je?? 

Subject Need to be Bared

think out of the cube!!!

Wednesday, July 20, 2011

Wednesday, July 13, 2011

ERTI HIDUP BUKAN MENYALAHI

think out of the cube!!!

suatu ketika,di waktu sang rembulan memerhati dgn panahan yang meruncing,ke arah satu kumpulan haiwan yang sedang lunak dibuai mimpi..Sedangkan,dalm masa yg tidak kurg jurang prbezaannye, terdpat satu group mnusia yang sedang rancak berbual kata..

arep : john, aq hilang barang ar.kunci kreta aq...ko agak spe amek ha??

john : hok elah, mu tnye aq mno aq tau..dah2..tok sei kco aq..

arep : tp kn ko yng last pnjm smalam,,..

john : mneeee....molek sket..kawe bg ke rudy ar smale...suke salohkn aq blake..
         aq bg dye smlm pah aq g bndar..mu jgn salohkn aq plok..kang naik kaki ni kang

arep : sory ar john,eden tnyo jo la..(mnjerit) rudyyyyyy,meh cni jap..

rudy : mnde/???terpekik terlolong cm org dpt ipad..

arep : mu ade pnjm kete aq smlm kn,bak mai cni kunci..cpt2,aq ade metg nih..

rudy : uih,hang molek ar..aq dok gune pon kete hang..aq amek kunci kt john patu aq bg saher sbb dye kabo ade emrgency..tnye laa dye..

arep : adooooi,lepas sorg2..abeh spe nk ngaku ni..tension laa aq..

.........................................

begitulah kebiasaannye kite dlm kehidupan seharian..semuanye xnak mngaku..saling menyalahi..
wpun pda hakikatnya kite tidak mnyedari akan kesalahn yg ada pada diri sendiri dan seringkali terlupa peribadi diri yang hina lagi mati di hati ini..(perkg,mcm pantun berkerat-kerat)..

tanpa kita sedari kite lupa pda kesilapan sendiri..bak kata pepatah "kura-kura dlam perahu.wat2 xtahu jek..."

ingat,jgn sebabkan kite orang lain jd mangsa...spe makan cili spatutnye dye la rse pedas,bkn nye tukang masak or tukang basuh pinggan yg pedas..btol x..

renung-renungkan

hel entum tuhibbul ukhra?

cube click sekali