welcome

TAZKIYATUNNAFS..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar:53)

TRADEMARK

TRADEMARK

Tuesday, December 27, 2011

ANDA 'DIGANGGU'..?..

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH...

seringkali ada diantara kita secara sedar ataupun tidak,mengalami penyakit/gangguan2 aneh yang tak tercapai dek fikiran yg logik..oleh yang demikian,usahlah bimbang kerana.."setiap penyakit ada uabatnya..kecuali mati"..

oleh yang demikian....

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI DISARANKAN AGAR ANDA SEGERA DIRAWAT!!!

Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.(banyak kali nih)
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.(yg ni memang dah biasa)
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air.(ni sbb tahan buang air kot)
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

 
Ketika jaga

*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.
*Badan terasa berat dan malas.(so,kurangkn makan)
*Sukar mendapat jodoh.(yg muda2 x termasuk, ni bg yg bujang terlajak..hehe..jgn marah)
*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.(yg ni jeopardy,kene g jaip mngucap smule)
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.S
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.(x terkecuali berangan nak kawen..hmm)
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.(sbb kurg bergaul kot)
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.(nauzubillah,stakat ni blom lg)
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.(pleez dont)
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.

ni sedikit sebnyk yg boleh dikongsikan...jadi,kita slaku mnusia biasa x trlepas dari ujian..lg besar ujian,lg tnggi rasa kasih Allah pada kita..la tahzan...innallah ma'ana..
resource:-

Friday, December 23, 2011

Kaum Hawa,jangan musnahkan hidup anda.

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

.....mesej pending...

tet tet tet...mesej sent..

hawa: salam ustaz,saya ni hawa...anak murid ustaz dulu..ustz knal lg x?

(hawa merupakan pelajar luar,bkn menetap di asrama,so,x pelik la dye msj,klo asrama mmg xley bwk nset)

u.zack:wkmlslm,owh..hawa yg assisstant class rap tu..knal2..

(USt merupakn seorg ust muda dan baru di sekolah tersebut dan mngajar subject balaghah dan bhasa arab serta mrupkn seorg ust yg sempoi dan mesra dgn semua pelajar,tetapi dlm masa yg sma amat brtegas dan serius dlm pelajaran)

hawa: ust free x bile2..hawa nk jumpe ust jap..hawa ade hal pnting  nak bncang.

u.zack: errrr......ustz xpnah free..byak hal la..keje brtimbun nih..(helah ust xnak brjumpe dgn bukn muhrim)

hawa:owh,maaf la ust..tp hal ni pnting ust..hawa ade msalah sket nak bgtau ust..pleezzz

u.zack: laa,klo ade msalah knape x umpe ngn ustzah2 kn rmai..ustzh zabedah ade,ustzah asmah ade...g la jmpe dyrg..

hawa: tp ust hawa tkut la jmpe ustzh..mslah ni msalah besar..

u.zack: abes tu jmpe ust x tkut?..lg problematic klo jmpe ust..ok lah,ape yg besor sgt msalahnye..ce bg tau trus..

hawa: xbley bgtau skrg ust..kene jmpe gak..serius nih..

u.zack:( >???aduui,apa mau buat nih)....ok cmni...esok hari sbtu kn, jmpe ustz kt pejabat ustz...bwak kwan hawa sorng..iAllah esok ust dtg ngn zaujah ustaz..(u.zack juga baru shaja mndrikn rumah tnga bbrape mnggu yg lalu:

keesokannay.......................

u.zack:haa,apa msalahnya hawa smpi nk jmpe ust nih..ust nak g  knduri plak ni ngn zaujah ust nih..(zaujahnya sntiasa dsisi,sntiasa menemani kemana sja dye per..perkh..baru la romantik)

hawa: mnta maaf la ustz klo mnyusahkn..(hawa dtg brsama iqlima,classmate beliau)..hawa ade msalh sket,..tp hawa hrap ust sudi open minded dan pleez jgn bgtau sespe..hwa hrap sgt2..

u.zack : ok iAllah..(open minded la sgt)..

hawa : baru2 ni ust,hawa sokmo batuk2 dan saakit perut...

u.zack : (ya Allah,ni je prob bdak ni,sakit perut)...ok,so..da pegi jmpe doktor?

hawa : hawa da pergi ust..hawa pergi klinik private..

u.zack : laa,buang duit je..klinik kerajaan kn ade..

hawa : xpe la ust,org klinik swasta cpt (sbnarnya mmg xnak g klinik krajaan sbb tkut)

u.zack : abes ape doktor tu ckp..

hawa : errrmm...hawa malu n tkut la nk ckp..mule2 doktor tu ckp xde pape..dye sruh dtg smule lepas 1 sminggu...kelmarin hwa baru je jmpe doktor tu..dan...doktor tu da wat ujian drah gak...and..doktor tu ckp...hwa positive PREGNANT..@ hamil.

...........bgai trsentak nyawa u.zack tatkala mndngar prkataan trsebut..shingg beliau pun tdk mnyedari bhwa zaujhnya telah mnggenggam erat lengannya,hampir tergeliat lengan u.zack...ya Rabbi,bergugran air mata zaujahnya wpun tdk dsedari krana dilindungi niqab yg senantiasa mnjd plindung diri..namun,Allah jualah sebaik-baik pmberi perlindungan..

hilang perkataan yg ingin u.zack tuturkn..terkesima...Ya Allah,anak ddikku ..brdosanya aku kerana tidak mnndidiknya dgn didikan yg betul..Ya Rabb,ampunilah dosaku..

hawa : .ust,hawa mnx tolong sgt2..ape hawa nk bwat ni..haawa da buntu..hawa plan nak amek pil gugur kndungn ni..

u.zack : Astghfirullah,hawa sedar x ape hawa ckp ni...zina tu dah dosa besar..hawa nak membunuh plak..bwak mngucap hawa..(ya Allah, tnjukknlah jln kpd hmbaMu ini)

hawa : habis,apa hawa nk buat..hawa da x snggup hdop lg..hawa malu dgn parent hwa..ngn ust,nn ustzah dan skolah..

u.zack : (tau plak malu,mase buat dosa x tau malu)..nauzubillah,nk bnuh diri??...jgn buat tindkan melulu hawa..nti yg susah nati parent hawa ..mane dyorg nak letak muke..ok,cmni..hawa balek dulu..nti ust teletfon smule hawa..jgn rsau..ust xkn in4m phak skolah..tapi..ust akn jmpe parent hawa..hawa msti kuat dan byk2 bwat solat taubat..

sminggu kemudian...

u.zack telah brjumpa dgn  parent hawa,sgala masalah diceritakn...mnangis mmbsah bumi kedua ibu dan ayah hawa...hawa x sanggup menatap muka umminya..MALU...

akhirnya..parent hawa brsetuju  utk mmbwa hawa ke skolah pmulihan akhlaq..
disana,hawa byk mngucpkn kemaafan kpd ibunya dan u.zack..hawa amat mnyesal...kini,hawa ingin berubah dan insaf...




"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (An-Nuur 24:2)



وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيْلاً٭        
سورة الإسراء 32

Alloh SWT berfirman : "Dan jangalah kalian dekat-dekat dengan zina, karena sesungguhnya zina itu kotor dan sejelek-jeleknya jalan" (Surat Al Isro' 32)




begitulah...jgan mudah terpedaya dengan jnji2 manis lelaki...ingat...hak dan pnghormatan seseorg prempuan hnya utk SUAMI .....jauhilah ia dr dikotori ...

kalau takut x dpt kwal diri(heh,kasar nye bhase)...kawen je la cpt2..itu adalh lebih baik..tp ingat,kawen pon bkn smata-mata sbb xdpt kawal diri..pling pnting ialah..redha Allah..


kisah ni adalh rekaan semata-mata dan tidak ada kne mngena dgn yg hdop ataupun mati..klo ade trkena-mngena harap dimaafkn..ending kisah ni jgak sbnonye lbih pnjg..tp dek krana nak cepat type n abeskn cerita,maka...kisah ini dipndekkan..


--------------------------
nota kaki:/- penunting bukan lah seorg yg faqih ilu agam..andai trdapat dalah silap,dipersilakn bg tau..penyunting hnya brkongsi secubit ilmu yg x sberapa..peace...lets save electricity..








Thursday, December 15, 2011

Hikmah Qada' dan Qadar...

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

Dek kerana ketidaktenangan hati dengan kerja2 seharian, maka telah terdetik utk mncari penyegar Roh dan Iman dikala kesibukan yg melanda.Ya Rabb, permudahknlah urusanku dlm mnggapai ILmu..(moga Allah terimanya sbagai satu ibadah jua)..

petikan dari artikel ust pahrol mohd juoi, i luv islam.com

Jangan Sombong Dengan Takdir

Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.

Iblis
Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?


Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!

Takdir Dan Iman Kita

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.

Katakan,  "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."


Takdir Mengatasi Tadbir

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.
Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.
Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?


Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. D
apat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.


Apa Khabar Iman Anda?

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.


Bersangka Baik Dengan Allah

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.

Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:


"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)


Nikmat Allah

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?
Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

sumber:- iluvislam.com

Tuesday, December 13, 2011

Andai HaTI Bisa Ditafsir

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

rabi yassir,wala tu'assir...

HATI-bukan sekadar satu ungkapan mudah yang boleh didefinisikan melalui wikipedia. ia satu makhluk yg bisa merosakkan,menumbuhkan,memangkin seseorang samada BAIK kepada TAK BAIK..TAK BAIK.kepada BAIK...BAIK kpd LEBIH BAIK...TAK BAIK kepada LEBIH TAK BAIK..

andai tiada hati,akan matilah diri...musnahlah empunya jati diri...luluhlah segala organ sendiri...

tapi,dengan HATI juga mampu meledakkan emosi..nafsu yang  bakal memakan diri..nauzubillah..

kerana HATI...jatuhnya kasih Zulaikha..tumpahnya cinta Khadijah...kasihnya IBRAHIm kepada Hajar...
namun begitu,HATI sekali-kali tidak boleh dipisahkan dengan SABAR....

SABAR...SABAR..no need to explain..
lg tinggi kita belajar, lagi faham n hadam pengertian sabar yg sebenar..
.andai inilah ujian yang Engkau trunan padaku Ya Rabbi, perteguhkanlah Imanku...andai ini satu kifarah dosaku yang telah lalu...ampunilah daku...
last but not least, Ya Allah....jnganlah Engkau datangkn ujian disaat-saat Genting ini Ya Allah...tingkatkanlah tahap keimunan mataku...tubuh badanku utk menuntut ilmu...

mode:- xde mood wat mnde lain selain wat projek...


Thursday, December 8, 2011

CCFB 1041- SEdia @ Belum

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

 SALAM TO UOLLS....

fi hazal yaum, kite bedah lg intipati klas Fardhu Ain bersama aBro. Ibrahim Ali...
title:- Becoming a Responsible n Knowledgable Husband..

introduction ustz bincgkn antra perkara2 yg perlu n (hmpir mnjadi) Wajib diketahui bg seorg bakal suami ialah ilmu2 fiqh wanita@isteri...ah haha..satu klas trus jd khusyuk jp..yg tgh dok lyan ipad pon stop drastically..

1st thing ust tu kabo, "all of us have to know the differentation of Haidh, Nifas n Istihadhah and the regulations of them in Syariah"(ibrahim ali,9.10pm)

sedey sskali,masih rmai classmate yg kurg arif apekah semua ini..kbnykn trtnya-tnya apakh istihadhah...haidh barangkali mreka da 'familiar' dgr..

inilah realiti yg brlaku diklngan ank muda skrg..kurgnya didikn agama..nak salahkn dyorg..jgn sekali..nah,flashback 19 tahun dahulu ape santapan n suntikan serta ajaran yg ibubapa dan guru suapkn..ape sekolah2 di seluruh M'sia suapkn dlm sistem pmbelajaran...kbnyakn hanya ilmu2 Duniawi, klas fardhu ain sejam je semnggu..mne ckup bro sejam..ktorg yg da msuk U pon 2 jam..

pastu ust gak soh jga pndngan,pergaulan...btas2 laki n prmpuan..


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nuur 24:30)


abes topik ni,ust smbung lg dgn soaln2 'killer'..(xde ar killer mne,kacang je sbnonye nk jwab,skema da ade dlm kpale).."ok,so do u thing all of us can get maried now?"(ibrahim ali.9.30pm)

ah ha,tgk title pon da syok,blom msuk content lg...dewasa ini,pasti ramai mnyangka bhwa ilmu2 serta hal2 berkaitan seumpama title ini adalh 'nonsense'...smua respon.."NOOOOOOooooooooo"...dengan nada beralun..(eden senyap je..jwpan dlam hati)

alasan...."ala ustz,ktorg still young"..(da brjnggut muda apenye).."awal lg la ust,ktorg ilmu pon x ckup"..(tau plak xdek ilmu tp xnak cari)..."duit ust mne mau cari, kawen bkn bley bg daun je"...

ust dgn slambenye mnerima respon diorg...relex slaku seorg ust..tnjukkn professionalism..(aq still snyap)...

dgn mudah ust bg analogi..."when u were baby,who teach u to drink n eat ?"..nah,semua 'silent empty'....

ktorg blaja sndri la ust..(translate in english la)..ust dgn mdah memintas..ah ha,ta pon.."mkan sndri bley  blajo kan,so, married also can be learn by urself..juz take plenty of time..sme mcm korg mkn,suap sndri je kn mse kecik2 dlu..automatik pndai ikut masa.."...semua klas termasuk aq senyap..ok,fine..btol la ape ust ckp..



"uoll sume pon jgn rsau bab2 duit n harta...iAllah akn diberi  Barakah or yg berkahwin dgn niat yg btol."


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nuur 24:32)




ust juga sarankn agar mnx izin ibubapa utk berkahwin...jgn ikut budaya Barat sprt.."oh my luv,can u marry me..i luv u"..lngkah terbak  cari org tgah..Khadijah pon buat mcm tu ketika mnyatakn kesukaannya terhadap Nabi..

Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232) 



abes je klas ust sarankan juga.."i hope uolls to get marry early and be responsible to get the wife..do learning more.".."i hope u invite me to eat 'nasi minyak'.." (haha,ni tmbhn je)..

abes je klas aq pon snyap je la lg..balek bilik pas makan n smayg Isya trus tido..."btol gak ape ust kabo"..."but think carefully,this is not playtoolls thing"..ust bg nasihat..







hel entum tuhibbul ukhra?

cube click sekali