welcome

TAZKIYATUNNAFS..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar:53)

TRADEMARK

TRADEMARK

Sunday, July 11, 2010

Exam Season vs World CUP

think out of the cube!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

ah ha...assalamualaikum semua pembaca.
diharap kalian brsama Rahmat Allah selalu..

skang ni nk msuk final match..so,who will be the most sophisticated winner..??
da tgk sume kn semi n quarter final..so,kpd kalian sume..VOTE for Netherland.hehe..German da kalah..
pkcik sotong kurita ramal spain mnang kn,thats nonsense...mne bley ramal gitu..SYIRIK tol..

but thats not the points..

cni points strusnye..

cmne plak world cup ni bley overlapp ngn exam..potong stim tol..

so,kpd yg da abis struggle,ni la ubat or bius yg ptut diambil utk kalian2 yg akn mneruskn perjuangn slps peperiksaan(klu x tajdid niat,sia2 je exam ni nti)..

selamat beramal......

"kemudian apbla kamu telah membulatkan tekad, maka BERTAWAKKALLAH kpd ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang2 yang BERTAWAKKAL kpadaNYA." al-imran:159





DOA PENERANG HATI

Ya ALLAH, bukakan olehmu atas hikmat engkau dan bentangkan olehmu atas kami gedung rahmat Engkau. Ya ALLAH, tuhan yang amat pengasih dari segala yang pengasih.

Ya ALLAH, Sinarilah hatiku dengan hidayatMu sebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahariMu Wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui, bukakanlah pintu hatiku pembukaan yang hampir, wahai tuhan yang membuka, wahai tuhan yang amat mengetahui.

Ya ALLAH, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu kurniakanku sinaran kefahaman bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya ALLAH, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.

DOA MUDAH FAHAM & MUDAH HAFAL

Ya ALLAH ya tuhan ku, kurniakanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.

DOA MOHON DIBERI KECERDASAN BERFIKIR

Ya ALLAH, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.

DOA APABILA TERLUPA
Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lupa.

DOA KETIKA HENDAK MEMASUKI EXAM @ TEMUDUGA

Ya ALLAH, persiapkanlah kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk Mu.



'ala kulli hal,bley ler kalian sume smpaikn kpd 'saeng2' kalian..

source:-http://nandotcom.blogspot.com/2009/04/himpunan-doa-exam.html

Monday, June 14, 2010

Sedarkah kita? Demonstrasi anti -Yahudi SIA-SIA?

think out of the cube!!!AGAIN..


Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.


“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.



“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.




“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”




Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

source:-http://ohislam.com/demonstrasi-anti-yahudi-yang-nyata-sia-sia/http://ohislam.com/demonstrasi-anti-yahudi-yang-nyata-sia-sia/

Tuesday, June 8, 2010

Allah knows what's better for us, even we do not like it..

think out of the cube!!!

assalamualaikum sahabat sahabiah skalian yg sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Moga sihat disamping keluarga @ usrah.dek kerana kesibukan yg agak terlampau dan keserabutan fikiran yg melampau,hamba tidak berkesempatan mengepost ape2 yg brkaitan. Hamba dengan rendah hati(bukan rendah diri,nti self-estime jatuh) menerima segala kritikan dan nasihat yang berguna dripada kalian sang pelawat sekalia. La tahzan,innallah ma'ana!!!

Sunday, April 18, 2010

Imam Muda: Satu Program Realiti TV Islamik




saban hari,rncangn tv di astro meningkatkn mutu utk menarik minat penonton melalui rncangn realiti tv ini:IMAM MUDA

NI SATU CONTOH PROG TV YG MEMBERI 'input' yg berguna utk remaja masa kini.ye lah,instead of kalian smua tgk rncangn lain spt akdemi fntasia,malaysian idol etc...prog yg akn mencungkil bakat2 baru dalm bidg IMAM..

prog ni juga mudah menarik minat dikalangan student ipta/s..sehubungan dgn ini,adalah 2 rakan hamba yg telah menyertainya dan berjaya ke peringkat ke-2..(stage lepas tu x tau ar lpas x)..

-bro.uwais al-qorny al-hafiz:human science student,cfsiium,nilai.(iium pj xde wakil ke??)
-bro. mohd syafiq al-hafiz:islamic revealed knowlwdge student,cfsiium,nilai.(bangga hamba sebagai mantan irk student)
--ni wakil pj ada..baru sampai..
-akh.dzaulhaq,gen8 darulquran
-akh lokman nazari ,gen8 ,darul quran..(mne gen9 xde wakil ka?)


ini lah contoh yg masyrakat sekarg seharusnye pandang..bukan gang2 mad rempit.BARU BLEY LAHIRKAN generasi ilmuan yg ber...ntah la.xtercapai kata2..teknokrat,professional etc..

for the conclusion,jom ramai2 isi borag ..tp utk musim akn datg la.musim 1st ni da xleh da..time hamba post blog ni pun da psrta ke-18++ lbh kurg..so,kaunter tutup.

INGAT,MUSIM AKN DATANG KITA RAMAI2 JOIN!!

Saturday, April 17, 2010

APCO!!!, 1Malaysia = ONE israel....check it out!

bismillahirrahmanirrahim....

a'udzubika min hamazaatisy syayaatin,wa a'udzubika rabbi 'ayn yahdhuruun...

APCO?!!(website nye APCO WORLDWIDE)-ni satu lagi kes(isu kot lbh sesuai) yg nth tetibe mncetus kontroversi. Mne x nye,hamba wat survey n researh(lbh kurg mini tesis kot) dan mndapati....??!! APCO ni ad link ngn ISRAEL LAKNATULLAH...YAHUDI ZIONIS @ ape2 lg ar yg kalian bley katakn..(ni supporting detail nye)..sbb pe,sbb beberapa pnasihat dye trgolong ahli2 ISRAEL ...

Doron Bergerbest-Elion [mantan Ketua Keselamatan Kerajaan Israel]
Shimon Shein [ mantan Duta Israel ke German ] dan
Itamar Rabinovich [ mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat ]


emm,so,knape nye kaitn APCO ni ngn kite??(sorg member brtanya)

laa,ni sah dok bace paper..kn org kite(lbh spesifik lg,pemimpin kite,Malaysia) wat rundingn ngn APCO ni..
dan,inilah isu nye skrg..Malaysia yg konon2 nye nk bela pnduduk Palestin,tp tetibe wat deal jdkn Amerika @ Israel PENASIHAT..what the hack is this??!!

dan lbh mndukacitakn,mnde alah ni juga ada kaitn dengan 1Malaysia yg mana diciplak dari agenda Yahudi 1Israel..apco 1999 menasihat Ehut Barak, PM israel ketika itu utk memperkenalkn One Israel ni..

ni sedikit petikan menunjikkan KERAJAAN MALAYSIA mnjadikan APCO penasihat 'mereka'..(buka kite)

-----In 2009, the Government of Malaysia retained Apco, an international strategic communications company with 29 offices throughout the world, to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. Apco was also asked to assist the Malaysian government by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa.

Apco’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people. Apco is honoured to be provided the opportunity to assist the government in this important work.-----

susah2..ni menunjukkan Malaysia(bukan merujuk kpd semua) yg selama ni 'kononnye' simpati dengan Palestin, hantar bantuan dll hanyalah teknokrat?!..ops,silap2, HIPOKRIT!!!

NI lah akhir zaman,Muslim sesama Muslm tidak bersatu padu..lastly,terjatuhla kerajaan Islam di mata dunia.Macam peristiwa kerajaan Turki Uhmaniah,yg mana kerajaan Islam yg begitu besar pada zaman tersebut,MUSNAH sekelip mata.

In a nutshell,,,,kalian nk berdiam diri sahaja dengan isu ini?? Mungkin ini satu peratus sahaja yg kita tau perihal isu di malaysia,yg kita tak tau mcm mne! Fikir2kanlah..kita beriya-iya nk sokong Palestin,bantu Palestin tapi ni je ke hasilnye..

(hamba mohon maaf andai ada yg terasa dan jika ada yg mengetahui in4 hamba ini ada yg salah,cpt2 bgtau.hamba hnya insan yg lemah yg masih sentiasa melakukn kesilapan teknikal dan moral..)

hel entum tuhibbul ukhra?

cube click sekali