welcome

TAZKIYATUNNAFS..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar:53)

TRADEMARK

TRADEMARK

Tuesday, December 27, 2011

ANDA 'DIGANGGU'..?..

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH...

seringkali ada diantara kita secara sedar ataupun tidak,mengalami penyakit/gangguan2 aneh yang tak tercapai dek fikiran yg logik..oleh yang demikian,usahlah bimbang kerana.."setiap penyakit ada uabatnya..kecuali mati"..

oleh yang demikian....

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI DISARANKAN AGAR ANDA SEGERA DIRAWAT!!!

Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.(banyak kali nih)
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.(yg ni memang dah biasa)
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air.(ni sbb tahan buang air kot)
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

 
Ketika jaga

*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.
*Badan terasa berat dan malas.(so,kurangkn makan)
*Sukar mendapat jodoh.(yg muda2 x termasuk, ni bg yg bujang terlajak..hehe..jgn marah)
*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.(yg ni jeopardy,kene g jaip mngucap smule)
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.S
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.(x terkecuali berangan nak kawen..hmm)
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.(sbb kurg bergaul kot)
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.(nauzubillah,stakat ni blom lg)
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.(pleez dont)
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.

ni sedikit sebnyk yg boleh dikongsikan...jadi,kita slaku mnusia biasa x trlepas dari ujian..lg besar ujian,lg tnggi rasa kasih Allah pada kita..la tahzan...innallah ma'ana..
resource:-

Friday, December 23, 2011

Kaum Hawa,jangan musnahkan hidup anda.

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

.....mesej pending...

tet tet tet...mesej sent..

hawa: salam ustaz,saya ni hawa...anak murid ustaz dulu..ustz knal lg x?

(hawa merupakan pelajar luar,bkn menetap di asrama,so,x pelik la dye msj,klo asrama mmg xley bwk nset)

u.zack:wkmlslm,owh..hawa yg assisstant class rap tu..knal2..

(USt merupakn seorg ust muda dan baru di sekolah tersebut dan mngajar subject balaghah dan bhasa arab serta mrupkn seorg ust yg sempoi dan mesra dgn semua pelajar,tetapi dlm masa yg sma amat brtegas dan serius dlm pelajaran)

hawa: ust free x bile2..hawa nk jumpe ust jap..hawa ade hal pnting  nak bncang.

u.zack: errrr......ustz xpnah free..byak hal la..keje brtimbun nih..(helah ust xnak brjumpe dgn bukn muhrim)

hawa:owh,maaf la ust..tp hal ni pnting ust..hawa ade msalah sket nak bgtau ust..pleezzz

u.zack: laa,klo ade msalah knape x umpe ngn ustzah2 kn rmai..ustzh zabedah ade,ustzah asmah ade...g la jmpe dyrg..

hawa: tp ust hawa tkut la jmpe ustzh..mslah ni msalah besar..

u.zack: abes tu jmpe ust x tkut?..lg problematic klo jmpe ust..ok lah,ape yg besor sgt msalahnye..ce bg tau trus..

hawa: xbley bgtau skrg ust..kene jmpe gak..serius nih..

u.zack:( >???aduui,apa mau buat nih)....ok cmni...esok hari sbtu kn, jmpe ustz kt pejabat ustz...bwak kwan hawa sorng..iAllah esok ust dtg ngn zaujah ustaz..(u.zack juga baru shaja mndrikn rumah tnga bbrape mnggu yg lalu:

keesokannay.......................

u.zack:haa,apa msalahnya hawa smpi nk jmpe ust nih..ust nak g  knduri plak ni ngn zaujah ust nih..(zaujahnya sntiasa dsisi,sntiasa menemani kemana sja dye per..perkh..baru la romantik)

hawa: mnta maaf la ustz klo mnyusahkn..(hawa dtg brsama iqlima,classmate beliau)..hawa ade msalh sket,..tp hawa hrap ust sudi open minded dan pleez jgn bgtau sespe..hwa hrap sgt2..

u.zack : ok iAllah..(open minded la sgt)..

hawa : baru2 ni ust,hawa sokmo batuk2 dan saakit perut...

u.zack : (ya Allah,ni je prob bdak ni,sakit perut)...ok,so..da pegi jmpe doktor?

hawa : hawa da pergi ust..hawa pergi klinik private..

u.zack : laa,buang duit je..klinik kerajaan kn ade..

hawa : xpe la ust,org klinik swasta cpt (sbnarnya mmg xnak g klinik krajaan sbb tkut)

u.zack : abes ape doktor tu ckp..

hawa : errrmm...hawa malu n tkut la nk ckp..mule2 doktor tu ckp xde pape..dye sruh dtg smule lepas 1 sminggu...kelmarin hwa baru je jmpe doktor tu..dan...doktor tu da wat ujian drah gak...and..doktor tu ckp...hwa positive PREGNANT..@ hamil.

...........bgai trsentak nyawa u.zack tatkala mndngar prkataan trsebut..shingg beliau pun tdk mnyedari bhwa zaujhnya telah mnggenggam erat lengannya,hampir tergeliat lengan u.zack...ya Rabbi,bergugran air mata zaujahnya wpun tdk dsedari krana dilindungi niqab yg senantiasa mnjd plindung diri..namun,Allah jualah sebaik-baik pmberi perlindungan..

hilang perkataan yg ingin u.zack tuturkn..terkesima...Ya Allah,anak ddikku ..brdosanya aku kerana tidak mnndidiknya dgn didikan yg betul..Ya Rabb,ampunilah dosaku..

hawa : .ust,hawa mnx tolong sgt2..ape hawa nk bwat ni..haawa da buntu..hawa plan nak amek pil gugur kndungn ni..

u.zack : Astghfirullah,hawa sedar x ape hawa ckp ni...zina tu dah dosa besar..hawa nak membunuh plak..bwak mngucap hawa..(ya Allah, tnjukknlah jln kpd hmbaMu ini)

hawa : habis,apa hawa nk buat..hawa da x snggup hdop lg..hawa malu dgn parent hwa..ngn ust,nn ustzah dan skolah..

u.zack : (tau plak malu,mase buat dosa x tau malu)..nauzubillah,nk bnuh diri??...jgn buat tindkan melulu hawa..nti yg susah nati parent hawa ..mane dyorg nak letak muke..ok,cmni..hawa balek dulu..nti ust teletfon smule hawa..jgn rsau..ust xkn in4m phak skolah..tapi..ust akn jmpe parent hawa..hawa msti kuat dan byk2 bwat solat taubat..

sminggu kemudian...

u.zack telah brjumpa dgn  parent hawa,sgala masalah diceritakn...mnangis mmbsah bumi kedua ibu dan ayah hawa...hawa x sanggup menatap muka umminya..MALU...

akhirnya..parent hawa brsetuju  utk mmbwa hawa ke skolah pmulihan akhlaq..
disana,hawa byk mngucpkn kemaafan kpd ibunya dan u.zack..hawa amat mnyesal...kini,hawa ingin berubah dan insaf...




"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (An-Nuur 24:2)



وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيْلاً٭        
سورة الإسراء 32

Alloh SWT berfirman : "Dan jangalah kalian dekat-dekat dengan zina, karena sesungguhnya zina itu kotor dan sejelek-jeleknya jalan" (Surat Al Isro' 32)




begitulah...jgan mudah terpedaya dengan jnji2 manis lelaki...ingat...hak dan pnghormatan seseorg prempuan hnya utk SUAMI .....jauhilah ia dr dikotori ...

kalau takut x dpt kwal diri(heh,kasar nye bhase)...kawen je la cpt2..itu adalh lebih baik..tp ingat,kawen pon bkn smata-mata sbb xdpt kawal diri..pling pnting ialah..redha Allah..


kisah ni adalh rekaan semata-mata dan tidak ada kne mngena dgn yg hdop ataupun mati..klo ade trkena-mngena harap dimaafkn..ending kisah ni jgak sbnonye lbih pnjg..tp dek krana nak cepat type n abeskn cerita,maka...kisah ini dipndekkan..


--------------------------
nota kaki:/- penunting bukan lah seorg yg faqih ilu agam..andai trdapat dalah silap,dipersilakn bg tau..penyunting hnya brkongsi secubit ilmu yg x sberapa..peace...lets save electricity..








Thursday, December 15, 2011

Hikmah Qada' dan Qadar...

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

Dek kerana ketidaktenangan hati dengan kerja2 seharian, maka telah terdetik utk mncari penyegar Roh dan Iman dikala kesibukan yg melanda.Ya Rabb, permudahknlah urusanku dlm mnggapai ILmu..(moga Allah terimanya sbagai satu ibadah jua)..

petikan dari artikel ust pahrol mohd juoi, i luv islam.com

Jangan Sombong Dengan Takdir

Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.

Iblis
Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?


Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!

Takdir Dan Iman Kita

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.

Katakan,  "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."


Takdir Mengatasi Tadbir

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.
Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.
Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?


Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. D
apat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.


Apa Khabar Iman Anda?

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.


Bersangka Baik Dengan Allah

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.

Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:


"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)


Nikmat Allah

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?
Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

sumber:- iluvislam.com

Tuesday, December 13, 2011

Andai HaTI Bisa Ditafsir

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

rabi yassir,wala tu'assir...

HATI-bukan sekadar satu ungkapan mudah yang boleh didefinisikan melalui wikipedia. ia satu makhluk yg bisa merosakkan,menumbuhkan,memangkin seseorang samada BAIK kepada TAK BAIK..TAK BAIK.kepada BAIK...BAIK kpd LEBIH BAIK...TAK BAIK kepada LEBIH TAK BAIK..

andai tiada hati,akan matilah diri...musnahlah empunya jati diri...luluhlah segala organ sendiri...

tapi,dengan HATI juga mampu meledakkan emosi..nafsu yang  bakal memakan diri..nauzubillah..

kerana HATI...jatuhnya kasih Zulaikha..tumpahnya cinta Khadijah...kasihnya IBRAHIm kepada Hajar...
namun begitu,HATI sekali-kali tidak boleh dipisahkan dengan SABAR....

SABAR...SABAR..no need to explain..
lg tinggi kita belajar, lagi faham n hadam pengertian sabar yg sebenar..
.andai inilah ujian yang Engkau trunan padaku Ya Rabbi, perteguhkanlah Imanku...andai ini satu kifarah dosaku yang telah lalu...ampunilah daku...
last but not least, Ya Allah....jnganlah Engkau datangkn ujian disaat-saat Genting ini Ya Allah...tingkatkanlah tahap keimunan mataku...tubuh badanku utk menuntut ilmu...

mode:- xde mood wat mnde lain selain wat projek...


Thursday, December 8, 2011

CCFB 1041- SEdia @ Belum

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

 SALAM TO UOLLS....

fi hazal yaum, kite bedah lg intipati klas Fardhu Ain bersama aBro. Ibrahim Ali...
title:- Becoming a Responsible n Knowledgable Husband..

introduction ustz bincgkn antra perkara2 yg perlu n (hmpir mnjadi) Wajib diketahui bg seorg bakal suami ialah ilmu2 fiqh wanita@isteri...ah haha..satu klas trus jd khusyuk jp..yg tgh dok lyan ipad pon stop drastically..

1st thing ust tu kabo, "all of us have to know the differentation of Haidh, Nifas n Istihadhah and the regulations of them in Syariah"(ibrahim ali,9.10pm)

sedey sskali,masih rmai classmate yg kurg arif apekah semua ini..kbnykn trtnya-tnya apakh istihadhah...haidh barangkali mreka da 'familiar' dgr..

inilah realiti yg brlaku diklngan ank muda skrg..kurgnya didikn agama..nak salahkn dyorg..jgn sekali..nah,flashback 19 tahun dahulu ape santapan n suntikan serta ajaran yg ibubapa dan guru suapkn..ape sekolah2 di seluruh M'sia suapkn dlm sistem pmbelajaran...kbnyakn hanya ilmu2 Duniawi, klas fardhu ain sejam je semnggu..mne ckup bro sejam..ktorg yg da msuk U pon 2 jam..

pastu ust gak soh jga pndngan,pergaulan...btas2 laki n prmpuan..


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nuur 24:30)


abes topik ni,ust smbung lg dgn soaln2 'killer'..(xde ar killer mne,kacang je sbnonye nk jwab,skema da ade dlm kpale).."ok,so do u thing all of us can get maried now?"(ibrahim ali.9.30pm)

ah ha,tgk title pon da syok,blom msuk content lg...dewasa ini,pasti ramai mnyangka bhwa ilmu2 serta hal2 berkaitan seumpama title ini adalh 'nonsense'...smua respon.."NOOOOOOooooooooo"...dengan nada beralun..(eden senyap je..jwpan dlam hati)

alasan...."ala ustz,ktorg still young"..(da brjnggut muda apenye).."awal lg la ust,ktorg ilmu pon x ckup"..(tau plak xdek ilmu tp xnak cari)..."duit ust mne mau cari, kawen bkn bley bg daun je"...

ust dgn slambenye mnerima respon diorg...relex slaku seorg ust..tnjukkn professionalism..(aq still snyap)...

dgn mudah ust bg analogi..."when u were baby,who teach u to drink n eat ?"..nah,semua 'silent empty'....

ktorg blaja sndri la ust..(translate in english la)..ust dgn mdah memintas..ah ha,ta pon.."mkan sndri bley  blajo kan,so, married also can be learn by urself..juz take plenty of time..sme mcm korg mkn,suap sndri je kn mse kecik2 dlu..automatik pndai ikut masa.."...semua klas termasuk aq senyap..ok,fine..btol la ape ust ckp..



"uoll sume pon jgn rsau bab2 duit n harta...iAllah akn diberi  Barakah or yg berkahwin dgn niat yg btol."


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nuur 24:32)




ust juga sarankn agar mnx izin ibubapa utk berkahwin...jgn ikut budaya Barat sprt.."oh my luv,can u marry me..i luv u"..lngkah terbak  cari org tgah..Khadijah pon buat mcm tu ketika mnyatakn kesukaannya terhadap Nabi..

Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232) 



abes je klas ust sarankan juga.."i hope uolls to get marry early and be responsible to get the wife..do learning more.".."i hope u invite me to eat 'nasi minyak'.." (haha,ni tmbhn je)..

abes je klas aq pon snyap je la lg..balek bilik pas makan n smayg Isya trus tido..."btol gak ape ust kabo"..."but think carefully,this is not playtoolls thing"..ust bg nasihat..







Sunday, November 27, 2011



BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..








Salam…


Ustaz Love nak sambung menjawab soalan daripada abangmi berkenaan dengan ayat yang masyhur yang selalu kita dengar :


“Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min. (An-Nur : 3)”


Jadi, adakah ia bermaksud suruhan bagi penzina untuk menikahi penzina, ataupun larangan bagi orang mukmin daripada menikahi penzina?





Ianya menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli ilmu dan bukan ahli ilmu.. bahkan ada yang mengambil faham ayat ini dengan maksud zahir dengan mengatakan haram bernikah dengan wanita penzina / pernah berzina. Jadi, mereka cepat merumuskan bahawa menjadi pak sanggup (bernikah dengan wanita terlanjur) itu hukumnya haram.


Lumrah manusia.. lebih mudah menghukum (walaupun tak berapa faham asas2 hukum tersebut) daripada mencari tafsiran dan penjelasan lebih tepat.


Jumhur ulamak mengharuskan pernikahan seorang lelaki mukmin dengan seorang wanita penzina.. begitu juga sebaliknya.. Ini berdasarkan ayat lain daripada surah an-Nur ayat 32 :


“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.“


Ayat ini lebih umum.. nak kahwin dengan siapa pun takde masalah.. maka, dari segi hukumnya, sah pernikahan antara lelaki dan perempuan.. sama ada kedua2nya penzina, mahupun salah seorangnya adalah penzina.


Ayat 3 dalam surah an-Nur bukanlah ayat larangan bernikah, sebaliknya ayat yang mengecam / mengutuk / mengeji perbuatan sang penzina itu, bahawa ianya tak layak (dari sudut kafa’ah – sekufu) untuk bernikah dengan orang mukmin dan soleh.. Sekalipun ayat itu dinasakhkan (dimansuhkan hukumnya) dengan ayat ke 32, tetapi ianya dari sudut hukum saja.. ayatnya masih ada dan masih memberi ‘ibrah (pengajaran) tertentu, iaitu secara lumrahnya, orang yg baik hanya akan berkenan dengan orang yg baik juga.. orang yg jahat akan berkenan dengan orang yg jahat juga.. tapi, itu tak semestinya berlaku.


Ada juga situasi yg mana seorang lelaki yg baik, tapi jodohnya dengan seorang wanita yg jahat.. begitu juga ada wanita yg baik, tapi jodohnya dengan lelaki yg jahat.. boleh amik pengajaran daripada kisah Nabi Luth a.s. dan kisah Asiah, isteri Firaun.


Namun, persoalan ‘jahat’ ini masih relevan sekiranya seseorang itu masih lagi terlibat dengan maksiat tersebut.. Sebaliknya, jika beliau telah bertaubat, maka bukanlah dikatakan sebagai orang yg jahat lagi… kerana dikira telah bersih daripada kejahatannya.


Pada pandangan Ustaz Love, sebaik2nya seorang lelaki yg baik, janganlah bernikah dengan wanita yang jahat (tak kira la penzina ke, penjudi ke dsb) dan begitu juga sebaliknya. Ini lebih memudahkan, namun bukanlah suatu jaminan. Ini kerana, kita hanya mengetahui apa yg berlaku hari ni, akan datang belum tahu lagi.. mungkin juga hari ni baik, 10 tahun akan datang, dah berubah menjadi syaiton.


Berkahwin dengan pasangan yg baik, akan melahirkan kebaikan dalam kehidupan.. walaupun bukan jaminan, namun ia memudahkan proses untuk mewujudkan keluarga yg soleh..


Niat untuk mendidik dan membimbing pasangan yg jahat itu adalah satu niat yg mulia.. Namun, untuk membimbing, tak semestinya perlu berkahwin.. kerana cabarannya sangat tinggi.. seumpama kita mendaki gunung dan pasangan kita berpaut kat belakang.. kalau tangan dan kaki kita tak kuat, maka risiko terjatuh ke dalam gaung itu lebih besar. Lagi sadis kalau kita tetak tangan pasangan itu membiarkan beliau jatuh ke dalam gaung demi menyelamatkan diri kita.


Maksudnya, lebih baik kita fikir secara mendalam sebelum membuat keputusan menikahi pasangan yg jahat.. itu lebih mudah, berbanding kita cuba juga nak gamble (perjudikan nasib), bila tak mampu, kita putuskan perhubungan.. Itu lebih teruk, apatah lagi jika sudah beranak pinak.


Kecuali kalau kita benar2 yakin bahawa beliau sudah bertaubat dan meninggalkan amalan yg jahat, maka samalah keadaannya mcm kita berkahwin dengan pasangan yg baik..


Sebab itulah, dalam entry2 sebelum ni, Ustaz Love sangat menggesa mereka2 yg terlibat dalam isu perzinaan spt terlanjur dsb itu, agar bertaubat bersungguh2 serta menyesal dan berazam bersungguh2 tak nak terlibat dengan kejahatan tersebut lagi. Maka, peluang untuk mendapat pasangan yg baik bakal terbuka luas.


Bila dah berhenti mengunjungi kelab malam dan selalu hadir di masjid, insyaAllah, mungkin akan bertemu dengan bakal mak mertua ke kat masjid.. dah tentu ianya lebih baik daripada bertemu jodoh di celahan botol arak..






ermm.....


~~~mood: nak balek rumah jumpe bonda tp xdpt~~

Wednesday, November 23, 2011

Untitled For Life....

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..


klik.....komputer riba diraba bg mengaktifkan sistem operasi blognya..setelah sekian lama tersadai di tepian katil..

acap kali ingin dipetik kursor pada tettikus,kali itu juga terhalang dek kesibukan Duniawi(astghfirullah) dan Ukhrawi(alhmdulillah)..



............cutter,butter paper,klcc,site visit,CONCEPT idea,mock up,assignment,research journals,articles,HEXAGON,honeycomb, dan lain2....................................semuanya bermain di mindanya dalam waktu yg serentak tidak kurang sedetik....

lumrah alam....ungkapan yg biasa didengar...masakan tidak,Allah telah mnciptakn segala yg dilangit dan dibumi dengan sebab-musabab yg amat 'complex'...dengan hukum2 alam yg saling berkaitan seperti rantaian makanan sebuah populasi haiwan...

pucuk daun dimakan cacing or beluncas.............
beluncas dimakan ayam......
ayam dimakan ular,.......
ular dimakan helang........

begitulah kehidupan mnusia seharian....

menghormati,dihormati.....
mentaati,ditaati
mengasihi,dikasihi...

umpama roda..seringkali berada dalam pola kehidupan yang berbeza..
seejap diatas,sekejap dibwah...

yang kaya,tidak kaya selamanya,.yang sihat tidak sihat selamanya..yang hidup,tidak hidup selamanya..

sedang dia berjalan keseorangan...mnuju ketempat org2 yg sentiasa takutkn Allah; Masjid...
dia perhatiakan seorang bapa,disebelahnya barangkali anaknya...

anak: yah,esan ak amek cmne nih.?
ayah: mula2 niat dalam hati...saja aq amek wuduk kerana Allah Taala..
anak: pastu ayah?esan da basuh badan ni..
ayah: ish,ape bsuh badan nih...dah niat? mule2 basuh muka 3x..haa,ratakn muka tuh..
        abes siap basuh muke,basuh tangan lak...basuh 3x gak sampai siku....(begitulah seterusnya
        smpai selesai)
anak: yah yah,boley lah esan amek wuduk sendiri nanti...time kaseh ayah ajar esan..

sekilas pndang, betapa besar peranan seorg ayah....mendidik,membelai,mengasuh,....sejak kecil,jika anak2 di asuh sedemikian rupa,iAllah akhlak remaja masa kini lebih bermotivasi..bukn motifBASI..

namun, rmai manakh keprihatinan seorg ayah,mahupun ibu(touching la plak) dalam mndidik seorg anak....
yg mana bkn setakat mndidik dalam aspek pmbelajaran,namun yg lebih penting dalam aspek aqidah,akhlak dan ibadah seseorag anak....kerana dengan tiga perkara asas ersebut,akan lahirllah intipati serta 'product design' yg amat 'functionable'...

bukn shaja berfungsi utk kebaikan diri sendiri,malah ibubapa merekalah juga yg merasa habuannya...dan akhirnya negara yg maju dan berakhlaq.....

zuuup...ditutup beg laptopnya dan dia menuju semula ke studio...Dunia...dia bermonolog...andai segenap aspek didunia ini di rungkaikan kedalam kamus Islam...??   ...Fuuuhh...lahirlah generasi yg mampu menjatuhkan kezaliman....

sayup....namun..hati tetap tersenyum gembira...wpun mejannya dipenuhi projek2 yg belum disiapkn,tetapi,inilah LUMRAH...mnusia...x lepas dari ujian...wpun ujian yg dtg bertubi-tubi.....
ujian fizikal.......bebanan kerja....bebanan mental....rakan2...dan yg paling besar...UJIAN HATI...kerana,dengan hati,akan kelarlah hasil smada,buruk ataupun baik .....

!~~Ya Rabb,hanya petunjukMu ku dambakn...~~~pilihanMu,pilihanku...

(mood,yeaahh hepy ar projek final da dapat)....hepy la sgat..

Monday, October 10, 2011

Dimanakah Kita?

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

assalamualaikum n selamat pagi...

mungkin rmai trtnya-tnya dimanaakah thap kehidupan diri sndiri..dan kdang2 berfikir adakah segala perkara yg diri lakukan diREDHAI Allah Tuhan Semesta Alam..alhmdulillah seandainya pernah berfikiran sedemikian..

akan tetapi,ANDAI ada yg msih tidak mngetahui di thap atau di golongan mnakah diri mereka berada, hayatilah entry ini:-

3 GOLONGAN MANUSIA  yg trdapat dimuka bumi ini ialah;-

1- HIDUP DEMI DUNIA SEMATA-MATA-Allah berfirman bermaksud;" dan tentu mereka akan mengatakan(pula): ' Hidup ini hnyalah kehidupan ita didunia ini shaja, dan kita skali-kali tidak akan dibangkitkan."(surah al-an'am, 6:29)...golongan ini ialah golonganyg kufur dgn nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

2- GOLONGAN YG PERCAYA KEWUJUDAN AKHIRAT NAMUN...mreka tidk brusaha ke arah mncapai kbahagiaan "di sana". mreka selamba bersuka-ria dan berhibur di dunia tnpa brusaha gigih mncapai kbahagiaan akhirat.

3- GOLONGAN YG MNGANGGAP DUNIA ITU LADANG AKHIRAT...mreka mnanam di sini utk mnuai di akhirat kelak. Allah berfirman yg brmksud," dan tiadalah kehidupan di dunia ini, selain drp main2 dan senda gurau belaka. dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bg org yg brtaqwa. maka tidakkah kamu memahaminya?".(surah al-an'am,6:32)

DIMANAKH KITA AGAKNYE...tpuk dada tnya iman..jgn tpuk perut nti bunyi lain...selamat beramal..

~~~entri ini dtjukan khas buat diri sndiri~~

Saturday, October 8, 2011

Study Circle vs Fardhu Ain...

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

assalaamualaikum again n a very good midnite today..
alhmdulillah starting last week our halaqah clazz had been started..either study circle or fardu ain classes.

the point here is,....

ape itu fardu ain n study circle claz??

orait..
 study circle ni lebeh kpada 'group discussion' yg mana antara intisari2 silibus adalah lebeh tinggi statusnya..

manakala, fardu ain clazz mrupakan 'basic learning about islamic knowledge'..atau erti kata lain utk student2 yg lemah dlam hal2 brkaitan ilmu agama, mcm waris* sendiri la..

*kata ganti nama bg admin@author of this blogs

ok,nk dijdikn cerita lg...alhmdulillah waris telah mndapat klaz fardu ain..sbb xterer bab2 agama mmg la msuk fardu ain..tp depend pda sesetengah masyarakat majmu gak kerena ada diantara mereka mnyatakn bhawa waris ni sje2 wat salah mase jwb soalan sbb nk dok kat fardu ain..fardu ain best la..ape laa...its all depend on them..only waris n Allah knew the truth..heheh...

ok,nk djdikn lagu plak,diantara belebihan dok klas fardu ain ni ialah dpt  duduk brsama-sama rkan2 yg background lost religious.lagi2 g bestnyemreka2 yg rapat n slalu brsama tatkala studio project ataupun hal2 yg berkaitan..(bkn atheis or xde kpercayaan ea,just kurg ilmu@jahil)..

ok,so,bila da dok dlm klaz ni,of course la ustaz or lecturer akan ajor bab2 basic .dgar pon nak tanak je tp xley ar bdoh sombong camtu..da x terer wat care x terer.heh...for instance,bab wajib solat,wudu' or ablution,etc...

yg jd syoknye,barulah ku thu bhawa ade sestgah clazzmate yg mmg agak kurg dlm mngetahui ilmu fardu ain ni..bile ngaji ust soh baca quran surah dhuha msih ade yg ; bukn bace sangkut2 tp x reti trus..kne tulis dlm rumi..takziah kpda beliau..mungkin antara faktor jd camtu sbb waris sndiri x cari mase n pluang tnjuk ajar kat beliau yg x pndai...ya Rabb,ampunilah hambamu..

one day,ustaz bg task soh sume claz wat presentation..owwwh,waris dg minda yg positive mrasakn ini la pluang tf terbaeeek utk ; bkn mnunjuk-nunjuk,tp utk brkongsi ilmu2 yg x sberapa ada dlm dada ni..

antara  isi2 waris ialah berkaitn mnde2 basic gak..aurat..even laki sama laki,still ade yg baru thu..alhmdulillah diorg da tau..
bab solat,even bab berjemaah atau sentiasa buat prkara dlam kumpulan supaya dpt cpai maximum ability..

wpun cara pnympaian waris agak memeningkan kerana kurg fasih speaking english(speaking arab ar baru best)..tp at least,tercapai n sampai ape yg ingin dismpaikn..

moral of the story,even waris dok dlama klazz fardu ain skali pon.waris dpt berkongsi msalah2 member waris n msalah waris sndiri..paling kurg,diorg rase x rugee dok dlm klaz ni...yg mana sering member2 ckp,ape da dok klaz fardu ain,skolah agama,dq plak tu..tp bg waris...DO I CARE?..totally not..klaz ni la lg best drp study circle..

andai waris tersilap sila betulkan..wassalam..astalabista..


Friday, September 23, 2011

K.A.E.D @ VICEGERENT

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

ASSALAMUALAIKUM everybody...

in the name of Allah, i would like to write in English for this entry. Hopefully,if there are any other mistakes,wrong language etc..pleez dont be shy to advice me...i'm still a learner..

This week,alhmdulillah with first class n also first project n also first regreted submission, we, all kaedians have to involve in KAEDFEST n KAEDTAARUF for newintake student like myself...

First of all,i would like to tell dear readers about my 1st impression with KAED..

when i was a young boy,
my took me into the masjid,
to get some knowledge....

he said one da,
u grow up,
could u be,
to be carefull with,
the real world...

from that he mentioned to me to behave n take a good care with akhlaq n ibadah(walhal akhlaq pon dok setel lg smpei skang)...

a few month ago,when i told my parents that i have received majoring in architecture, they told me to be carefull  with the ikhtilaat,behave , etc....


a few years ago,....when i was....

-to be continue-

when i was a student of Darul Quran, most of my fren told me to make best choice at IIUM, there ar so many opinion from them about come courses..one of them is my second choice after Engineering,;-Architecture...

they told me Architecture is very problematic course because it is so hard to study and their socialism among bros and sis is to bad...

for that reason, i didnt put my second choice as Architecture...

but, (with some complicated stories that i dont want to describe here)...now i'm in Architecture course and it is not like what i'm thinking about a few years ago...

the lecturers  n professors always talk about design n islamic view....
the subject that i already taken also about quran in build environment...
the socialism....of course we have to make a discussion between bros n sis but it is controllable..
it is the same like the other courses...they also have to make discussion between male n female..

but sometimes the student didnt aware with this..they think that they know what they di n they can control theis IMAN..because of this perseption,most of them FAILED and fallen into the GREATEST HELL..na'uzubillah..perhaps i'm not one of them..

yesterday, our IIUM rector also talk about being a KHALIFAH..before this i only hear it during my usrah..but here, in KAED i heard that many lecturers talk about it..

another thing, i was so impressed because my KAED also practicing USRAH among students and staffs..

woow,this is obviously practicall to strenghten ukhwah among us..

our papa n mama(lecturers n proffs) always told to behave and not to make body contact relationship among us..haha..terbaeek..

so, i can conclude that it is only WE are the best thing to be what we want to be..(btoi ke ayat nih)

perhaps, Allah is always with me to control myself...also my frens....ameeeen






Wednesday, September 14, 2011

welcome to the BIG WOrLD.....

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

assalamualaikum pembuka bicara la kn..cam x bese plak..

ok..nak dipendekkan cerita kerana mngambil peluang smentara ade masa nk update blog ni..bkn smata-mata nak update..tp kerana ingin berkongsi sedikit sebyk pengalaman..\

orait,abes dah cuti selama +- 7 bulan ..

yg mana cuti pon mcm2 perkara n experience dapat..

kini,masuk la alam baru ya'ni alam sebenar atau erti kata lain the REAL LIFE...

oopps, by the way...still sempat lg nk ucap SELAMAT HARI RAYA ..TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM...

alhmdulillah lg skali diksemptan masa yg ade sket2 ni , sambil2 wat graphics yg bertinbooon ni, dpt la gak smbung update..

rabu,4.29am- mata masih TEGAR wat sketch..

sedor2 da sboh..first week with first BIG PROJECT (xde ar bsor mne pon)..mmg hdop akn kembali ke zone 'vampire'..(malam jaga,siang tido)..

'ala,kulli hal,bese ar nih..ni la REAL LIFE of the BIG WORLD...

ingat kwan2..jgn trlmpau mngeluh smpi timbul rase mnyesal..tu sume keje setan nk hasut kite..sabor je dlu..i'Allah kalu niat btoi2,ade gnjarannye...

xkire la kos gapo2 pong...yg penting, IKHLAS..(ape yg slalu ust tasmi' gtau)...

---~~~mohon petunjuk dariNYA----

Friday, September 2, 2011

Ramadan vs Syawal

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

alhmdulillah masih diberi ksempatan di dalam kesempitan mngupdate blog nih...mcm2 hal,blog kne hack la,xde mase la,sibuk la....tp,thats all alasan smata-mata...


Alhmdulillah marratan ukhra kerana setelah sepurnama kita,slaku hmba Allah mngabdikan diri menunaikn kewajipan ibadah puasa...kini Allah memberi kesempatan kpda hmba2nya yg masih lg hidup sehingga sekarang(da raye ke4 da) utk mnikmati kari kemenangan ya'ni hari raya Aidilfitri....taqabbalallahu minna waminkum....


seharusnya kita memanjatkn raya kesyukuran yg amat sgat kerna diberi kesempatan berhari raya..kerana apa ye tuan2 yg dirahmati Allah skalian..???


yeah,sudah pastilah kerna bukn setiap  hmbanya dpt merasai hari kmenangan ini..
sperti mna yg kita semua maklum, pekikan siren ambulan tidak putus2 di jlan2 n lebuh raya...







 pasti ramai yg bernaggapan, "tu la,merempit lagi..kan da excident"..."heh,spe soh bwak laju..pdan muke."..


tp pernahkah kite,"ish3,kesian ler spe dlm ambulan tu..esok nk raya kok bisa(loghat indon) kemalangan sih..lebih baik aq doa2kn dia agar selamat berhari raya"


andai kbanyakan msyarakat berfikiran begini,alangkh lebih baik kerana probability utk si pulan yg dlm ambulan utk sembuh mningkat kerna doa2 kita semua..akn tetapi Allah jualah yg berkuasa menghidup n mematikn tanpa dikurangi atau terlebih walau sesaat..


namun demikian.......


dah ler wat ayat cmni..mcm kurg santai..mcm ceramah pon ade gak..


ok.alhmdulillah...ni ade satu cerita..mase tu hmba on the way balik umah..2 hari sebelum raya..xpenah bkak pose lg ni kat umah tok thun ni..so,semangat nk bukak pose ngn ummi n daddy amatlah berkobar-kobar.//


(nak dipendekkan citer)..seusai smpai ke stesen sterusnya@terakhir di suatu tempat bernama jengka pusat...hmba pon jln2 sambil mnunggu daddy amek..tp mse tu da x sempat bukak pose ngn ummi n daddy kt umah sbb da nk msuk mghrib..puncanya,jam kat kuantn berjam-jam..tp nk wat cmne,kite plan, Allah atur sgalanya nk jd ke x..


my daddy pon bg tau la pas traweh ar amek..perkh,alamtnye kne solat traweh kt stesen ler gni..(rajin la sgt)..


sambil2 tnggu msuk wktu traweh//err...mksudnye isya' la...selepasnye traweh la plak..


smbil2 mkn kt tepi bahu jalan,malas mkn berat2 kt kedai sbb xde selera..nawaitu mmg nk mkn msakan ummi....smbil2 mkn tu,perkh mmg agak trkejut sbb org rmai..agak musykil kerana kebiasaannye mlm2 kt jengke ni mmg snyap sunyi..tp mlm ni xsenyap n x sunyi...


pndang kiri ade satu kelompok laki n wanita tgah sedap2 bukak pose..
pndang knan pon sme..depan n blakang apatah lagi..




mreke barangkali ialah student2 u*tm yg bkak pose kt luar(kt bndar ni ade la kfc,kdai2..mybe diorg nk amek feel sket berbuka)...


tp pointnye ialah,perlu ke laki2 n prmpuan2 ni wat cmni...
ade yg mkn2 berdua-dua an..scare husnu zhonnye mungkin mreka ni adik bradik,..


x kurg jgak yg gedik2 lalu sbelah hmba wat muke x bersalah..gangu tol org nk mkn..


tu blom kire yg x ttup aurat..xde tdung,huha3 bsing sane sini..mcm stesen bus tu hrta faraidh diorang..


mmg x sedap tol mata memndang..(tp pndang gak)


bile dfikir-fikir,agak2 nye rmai lg ke yg mcm ni??


ni blom lg msuk area penang ke,k.l, johor n mne2 bndar besor di seluruh msia...


bulan yg spatutnye kite mnjaga amal ibadat tp dijdikn beramal maksiat(nasihat utk diri sndri skali)...


btollah bak kata khatib mase khutbah raya,"Ramadan adalah bulan tarbiyah..andai di bulan ini seperti bulan2 yg lain..alangkah rugi lah kite"..au kama qaal..



khatib tu juga ingatkn,....jgn la brlebih-lebihan...
smada dlm berhias-hias ke,bersuke rie ke...yg brsuke rie lg ar jgn lupe diri...


dok excited ngt brsuke rie sprt main  mercun smpi gngu org lain..mmg hangin ar..
klo stakat bunyi bley trkejutkn semut xpe,ni lembu pon mau terkejut smpi mati...
kuat mngalahkn perng darurat...aiya

khatib tu ingatkn lg.,jgn lupe sunnah ziarah sesame saudar,shabat handal etc...
xkire tue ,mude,same umur etc.




Friday, August 12, 2011

DuHai MuJahidaH PowEr

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

Duhai Banat wa Mujahidat,
Dengarlah dan aMallah,
Andai dirimu merenung hikmah ini,
Pasti engkau tak gentar lagi,
Walau Dunia ini berOmbak maksiat,
berVolcano riba' n Rasuah,
dan berErth Quacker aqidah terpesong..

Andai langkahmu lillahi ta'ala,
Pasti antunna tak gentar lagi..

Bak kata semanis gula,
Dirimu ibarat serikandi,
Jasamu kerana Allah,
Pasti engkau rajin berIBadat..

Tidurmu kerana Allah,
Pasti tak terlalu lama,
Lisanmu kerana Allah,
Pasti engkau tak berMULUt Murai,
Aqalmu kerana Allah,
Pasti kau berkata-kata hikmah dan menusuk kalbuku..

Ilmumu kerana Allah,
Pasti kau tenang wapau didalam keplompok fasik,
Bersahabat kerana Allah,
Pasti kau berPerilaku baik trhadap mereka..

Duhai Mujahidah,
Andai haari ini kau jatuh,
Jatuhmu bkn selamanya,
Jatuhmu kan terbela..

nukilan:- ukht. nurul izzah(my younger sister)

copyright reserved...

Sunday, July 31, 2011

Preperations for Ramadhan-Mentally n Physically

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

....Ramadhan yg dinanti,
setelah setahun lalu kau pergi,
Akhirnya kita ketemu kembali,
Akan tetapi,
Adakah aq sudah bersedia dgn pertemuan ini,
Yang belum tentu akan ku temui lg.

Duhai Ramadhan yg dinanti,
Ku tak pasti,
Adakah aq sudah Ready...

Ready dari segala segi,
Samada fizikaly ataupun mentally..

Akan tetapi,aq buknlah yg terus-terusan berserah,
Umpama teratai layu di Tasik Madu,
Akan ku tentang habis-habisan,



Wednesday, July 27, 2011

Bersediakah Aku??!!!

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

........kunci kereta sport kancil da ready tok di suapkn ke mulut palam  pencucuh engine kereta sport kancil.
bukan keta btoi pon..google je ni

test2,bismillah.....vrooooom3..nsib bek idop.....
bermula lah perjalan ke kuantan n pekan(argh,nape ar ke cni lg,mnggu ni je da 4 kali mai cni.da ar jauh)..tapi,kali ni hmba bkn melancong,bukan berfoya-foya,bukn pergi konvo or ape2 jenis parti2 yg selame ni slalu pergi...

akan tetapi kali ini pergi dgn membawa hrapan yg besar,sebesar bebola nebula yg hampir meletup dek kerana matangnya usia utk mengalami peralihan fasa kedua yakni mnjadi bintang(kpda pakar falak jika fakta ni slah sila betulkan)..

cop3...bkn nk cite pasal nebula skang ni...ok, harapan yg besar....ermmm,(lari da idea sbb ade gangguan luar)..

owkeh,hrapan yg besar yang mana sepantas kilat akn merubah tentatif hidup hmba yg slame ini agak terombang ambing dibuai arus kemaksiatan yg sering melalaikan mnusia dari segenap aspek dan penjuru..

barangkali juga, dgn segenggam keazaman untuk menjadi diri yg sebenar..bkn bermakna hmba ini bkn diri yg sebenar sblum ni akan tetapi ingin mncari kebenaran dalam kealpaan(ntah btoi x ayat ni)..

mungkin juga, hrapan yg mana setiap anak2 muda yg seusia dgn hmba ..yang seringkali inginkan kebebasan dan ketenangan..

......jam 6 petang pda hari yang sma..seusai sampai ke destinasi...

kreettt....engine kereta dimatikan..
dok mengelamun n membebel mase dalam perjalanan tadi smpai dok sedor da smpai..penat woo..da laa sensorang..klo ade PASANGAN hdup yg setia menemani xde ler terasa kecapetan ini kok..(piapp,pdan uke dok brangan lagi)..

yes,akhirnya smpi juga hmba ke DESTINASI CINTA..bkn cinta mnusia or dunia or yg swaktu dgnnya,tapi kerana CNITAkan siDIA dan CINTAkn AL-QURAN..(amiiin)

dengan sambutan yg ckup meriah dari kalangan sahbat2 yg sering bersama-sama ke disko dahulu..haha

http://mtataa.ucoz.com/i'ALLAH semangat hmba semakin berkoobar untuk MENGULANG kat cni..

'sambil menyelam,minum air'..
dsini masjid2 or surau2 area pekan ni jugaklah akn  mnjadi target sebagai tempat utk hmba mlepaskan segaloa hafalan2 dlm kepala ni..(xde ar masyi mne pon)..

i'Allah dgn usaha dan semangat yg mnjadi pemangkin utk hmba MENGULANG sebyk mungkin dan semampu mungkin..(sbb x masyi ler kne ngulang)..

so,kpada anak2 muda diluar sane yg pernah mengahafal,jgn sia-siakn anugrah anda..sumbanglah keserata palosok dunia n i'ALLAH akn diblas di akhirat kelak..amiiiin

Monday, July 25, 2011

Jom berBAHASA ARAB:-اساس علم النحو والصرف

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..



 Bismillahirrahmanirrahiim...
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.(yusuf,12:2)



Mengapa Al-Quran Berbahasa Arab? Setiap saat, lahirnya orang-orang alim yang mampu menghafaz isi kandungan Kitab Suci Al-Quran. Hatta, orang buta atau kanak-kanak. Itulah bezanya dengan Kitab Suci lain. 

“Mengapa Al-Quran diturunkan kepada seorang Nabi yang miskin dan buta huruf (ummiy)? Mengapa tidak diberikan kepada pembesar Mekkah mahupun Tha’if saja?” Pertanyaan seperti ini sering menjadi tanda tanya. Pertanyaan yang sama, “Mengapa Al-Qur’an berbahasa Arab?” Banyak dalil yang mengungkap hal ini.

Boleh dikata, hampir semua ayat tersebut menyatakan, bahwa Al-Qur’an itu diturunkan dalam “bahasa Arab”. Adalah mustahil jika kerana Allah menurunkan Al-Quran ke dalam bahasa Arab kemudian dikatakan ianya“tidak universal”. Kenapa Allah memilih bahasa Arab? Bukan bahasa lain? Mungkin itu adalah hak Allah. Meskipun demikian, pilihan Allah mengapa Al-Quran itu dalam bahasa Arab bisa dijelaskan secara ilmiah.

Pertama, sampai hari ini, bahasa yang berasal dari kaum kuraisy yang masih bertahan sempurna adalah bahasa Arab. Bible (Old Testament) yang bahasa aslinya bahasa Ibrani (Hebrew) telah musnah, sehingga tidak ada naskah asli dari Perjanjian Lama.

Kedua, bahasa Arab dikenal memiliki banyak kelebihan: (1) Sejak zaman dahulu kala hingga sekarang bahasa Arab itu merupakan bahasa yang hidup, (2) Bahasa Arab adalah bahasa yang lengkap dan luas untuk menjelaskan tentang ketuhanan dan ukhrawi, (3) Bentuk-bentuk kata dalam bahasa Arab mempunyai tasrif, yang amat luas hingga dapat mencapai 3000 bentuk perubahan, yang demikian itu tak terdapat dalam bahasa lain.

Ketiga, Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasulullah SAW. dalam bahasa Arab yang nyata (bilisanin ‘Arabiyyin mubinin), agar menjadi: mukjizat yang kekal dan menjadi hidayah (sumber petunjuk) bagi seluruh manusia di setiap waktu (zaman) dan tempat (makan); untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya: dari kegelapan “syirik” kepada cahaya “tauhid”, dari kegelapan “kebodohan” kepada cahaya “pengetahuan”, dan dari kegelapan “kesesatan” kepada cahaya “hidayah”.

Keempat, menurut Syeikhu’l-Islam, Ibnu Taimiyah, “Taurat diturunkan dalam bahasa Ibrani saja. Dan Musa ‘alayhissalam tidak berbicara kecuali dengan bahasa itu. Begitu juga halnya dengan al-Masih: tidak berbicara tentang Taurat dan Injil serta perkara lain kecuali dengan bahasa Ibrani. Begitu juga dengan seluruh kitab. Ia tidak diturunkan kecuali dengan “satu bahasa” (bilisanin wahidin): dengan bahasa yang dengannya diturunkan kitab-kitab tersebut dan bahasa kaumnya yang diseru oleh para rasul. Justeru Al-Quran diturukan dalam bahasa Arab.

Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang sukar, namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya. Ini berbeza dengan kitab suci lain, sebagaimana Bible misalnya. Keuniversalan Al-Quran lainnya, dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya (tahfiz). Walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat, dalam sejarah, selalu saja banyak orang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat. Hatta, ia orang buta atau kanak-kanak pun. Al-Quran, mudah dihafaz atau dilagukan dengan gaya apapun.
 
Oleh itu, ayuh belajarlah bahasa Arab kerana ianya Bahasa Al-Quran.

source:-http://smkabpenawar.bpi.edu.my/santapan-rohani/140-kelebihan-bahasa-arab-sebagai-bahasa-alquran.html

So,wpun kite ni bkn dlm bidang b.arab:- engineer, ARCHITECTURE, medical, accounting....
sume ni xbrmkna kita xperlu blajar b.arab..at least,tau sket2 pon da ok..
bak kate pepatah,"tak dpat semangkuk,dapat sesudu pun da memadai"..(btol ke x pepatah ni xtau ar,main reka je)
 drpada kita  xpndai lnsung, pndai basic pon da kire baguih da ar..kan3 tok wan..

because of this,  i'Allah blog ini akan menerbitkan sebuah RANCANGAN baru(pdahal archive je,ayat nk gempaq) utk sesiapa yg ingin mempelajari BAHASA ARAB secara umum dan asas..

tambahan,kpada pakar2 b.arab diluar sane yg amat prihatin,nak jd PENSYARAH smentara b.arab kt sini amat2 dialu-alukan..wassalam...kesian

lagu b.arab @ ikim.fm 
aik,apesal ade muke uwais alqarni

mari pelajari bahasa arab
bhasa indah, bhasa al-quran
mari pelajari bhasa ini
bahasa yg suci dan murni

hayya bil 'arabiyyah 2x
hayya nadrusu hunaa,'arabiyyah
hayya bil 'arabiyyah.....3x

(lirik xbpe ingat,ade modify sket) 


Hayya Hayya Ya Ramadhan..

BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..

Bismillahirrahmanirrahim....

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(al-baqarah,2:183) 
 
Dlm diam, sedar2 da nkmsuk Rmadhan..masyaAllah..hopefully Allah pnjgn umur kite sume spya sempt mrasai Rmadhan thun ni amin...

sedare sedari skalian,mungkiin rmai diklangan kite sedikit sbyk mngetahui beberape pristiwa2 besar yg berlaku dlm Bulan Ramadhan..

nah,demikian antara  peristiwa2 besar dan penting yg tlah brlaku dlm bulan Ramadhan..moga2 kita dpt mnghayati n pengajarannye..

ingaat......UTK MNGENALI DIRI,KENALI LAH DAHULU SEJARAH KITA.....

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.


PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.


Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

source:fauzanibrahim.wordpress

hel entum tuhibbul ukhra?

cube click sekali