welcome

TAZKIYATUNNAFS..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar:53)

TRADEMARK

TRADEMARK

Sunday, November 27, 2011



BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH..








Salam…


Ustaz Love nak sambung menjawab soalan daripada abangmi berkenaan dengan ayat yang masyhur yang selalu kita dengar :


“Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min. (An-Nur : 3)”


Jadi, adakah ia bermaksud suruhan bagi penzina untuk menikahi penzina, ataupun larangan bagi orang mukmin daripada menikahi penzina?





Ianya menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli ilmu dan bukan ahli ilmu.. bahkan ada yang mengambil faham ayat ini dengan maksud zahir dengan mengatakan haram bernikah dengan wanita penzina / pernah berzina. Jadi, mereka cepat merumuskan bahawa menjadi pak sanggup (bernikah dengan wanita terlanjur) itu hukumnya haram.


Lumrah manusia.. lebih mudah menghukum (walaupun tak berapa faham asas2 hukum tersebut) daripada mencari tafsiran dan penjelasan lebih tepat.


Jumhur ulamak mengharuskan pernikahan seorang lelaki mukmin dengan seorang wanita penzina.. begitu juga sebaliknya.. Ini berdasarkan ayat lain daripada surah an-Nur ayat 32 :


“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.“


Ayat ini lebih umum.. nak kahwin dengan siapa pun takde masalah.. maka, dari segi hukumnya, sah pernikahan antara lelaki dan perempuan.. sama ada kedua2nya penzina, mahupun salah seorangnya adalah penzina.


Ayat 3 dalam surah an-Nur bukanlah ayat larangan bernikah, sebaliknya ayat yang mengecam / mengutuk / mengeji perbuatan sang penzina itu, bahawa ianya tak layak (dari sudut kafa’ah – sekufu) untuk bernikah dengan orang mukmin dan soleh.. Sekalipun ayat itu dinasakhkan (dimansuhkan hukumnya) dengan ayat ke 32, tetapi ianya dari sudut hukum saja.. ayatnya masih ada dan masih memberi ‘ibrah (pengajaran) tertentu, iaitu secara lumrahnya, orang yg baik hanya akan berkenan dengan orang yg baik juga.. orang yg jahat akan berkenan dengan orang yg jahat juga.. tapi, itu tak semestinya berlaku.


Ada juga situasi yg mana seorang lelaki yg baik, tapi jodohnya dengan seorang wanita yg jahat.. begitu juga ada wanita yg baik, tapi jodohnya dengan lelaki yg jahat.. boleh amik pengajaran daripada kisah Nabi Luth a.s. dan kisah Asiah, isteri Firaun.


Namun, persoalan ‘jahat’ ini masih relevan sekiranya seseorang itu masih lagi terlibat dengan maksiat tersebut.. Sebaliknya, jika beliau telah bertaubat, maka bukanlah dikatakan sebagai orang yg jahat lagi… kerana dikira telah bersih daripada kejahatannya.


Pada pandangan Ustaz Love, sebaik2nya seorang lelaki yg baik, janganlah bernikah dengan wanita yang jahat (tak kira la penzina ke, penjudi ke dsb) dan begitu juga sebaliknya. Ini lebih memudahkan, namun bukanlah suatu jaminan. Ini kerana, kita hanya mengetahui apa yg berlaku hari ni, akan datang belum tahu lagi.. mungkin juga hari ni baik, 10 tahun akan datang, dah berubah menjadi syaiton.


Berkahwin dengan pasangan yg baik, akan melahirkan kebaikan dalam kehidupan.. walaupun bukan jaminan, namun ia memudahkan proses untuk mewujudkan keluarga yg soleh..


Niat untuk mendidik dan membimbing pasangan yg jahat itu adalah satu niat yg mulia.. Namun, untuk membimbing, tak semestinya perlu berkahwin.. kerana cabarannya sangat tinggi.. seumpama kita mendaki gunung dan pasangan kita berpaut kat belakang.. kalau tangan dan kaki kita tak kuat, maka risiko terjatuh ke dalam gaung itu lebih besar. Lagi sadis kalau kita tetak tangan pasangan itu membiarkan beliau jatuh ke dalam gaung demi menyelamatkan diri kita.


Maksudnya, lebih baik kita fikir secara mendalam sebelum membuat keputusan menikahi pasangan yg jahat.. itu lebih mudah, berbanding kita cuba juga nak gamble (perjudikan nasib), bila tak mampu, kita putuskan perhubungan.. Itu lebih teruk, apatah lagi jika sudah beranak pinak.


Kecuali kalau kita benar2 yakin bahawa beliau sudah bertaubat dan meninggalkan amalan yg jahat, maka samalah keadaannya mcm kita berkahwin dengan pasangan yg baik..


Sebab itulah, dalam entry2 sebelum ni, Ustaz Love sangat menggesa mereka2 yg terlibat dalam isu perzinaan spt terlanjur dsb itu, agar bertaubat bersungguh2 serta menyesal dan berazam bersungguh2 tak nak terlibat dengan kejahatan tersebut lagi. Maka, peluang untuk mendapat pasangan yg baik bakal terbuka luas.


Bila dah berhenti mengunjungi kelab malam dan selalu hadir di masjid, insyaAllah, mungkin akan bertemu dengan bakal mak mertua ke kat masjid.. dah tentu ianya lebih baik daripada bertemu jodoh di celahan botol arak..






ermm.....


~~~mood: nak balek rumah jumpe bonda tp xdpt~~

No comments:

Post a Comment

sebarang komen yg membina amat dialu-alukan...komen yang mengena pun dipersilakan..

hel entum tuhibbul ukhra?

cube click sekali